PRU-13: Bekas Pegawai Kerajaan Sertai Parti Politik Kerana Masih Ingin Berkuasa

px_06.1

MUSA Hassan (kiri) memberi penerangan sewaktu menjadi panel Forum Umum Lahad Datu di Seksyen 18, Shah Alam malam tadi. –

SHAH ALAM – Bekas pegawai tinggi kerajaan yang bersetuju untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mungkin masih ingin berkuasa seperti semasa masih berkhidmat dulu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berpandangan, mereka tidak dapat melupakan kuasa yang dipegang sebelum ini, membuatkan mereka bersetuju menerima tawaran daripada parti politik.

Bagaimanapun ujar beliau, mereka ini berisiko untuk dikenakan tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi jika tidak berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan.

“Sebenarnya apabila telah bersara, mereka menjadi seorang yang bebas dan boleh buat keputusan untuk menceburi bidang politik. Tidak ada undang-undang yang boleh menghalang.

“Mereka juga boleh memberikan pendapat yang bertujuan untuk memperbetulkan keadaan. Bagaimanapun mereka tidak boleh mendedahkan rahsia kerajaan walaupun telah bersara kerana terikat di bawah Akta Rahsia Rasmi…mereka tahu itu.

“Jika mereka melanggarnya (Akta Rahsia Rasmi) dan diambil tindakan, mereka tidak boleh marah dan salahkan pihak berkuasa,” kata beliau.

Musa berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi ahli panel ‘Forum Umum Lahad Datu’ anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik di Seksyen 18 di sini malam ini.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) DUN Kota Anggerik, Kamaruddin Ahmad bertindak sebagai moderator forum tersebut. Penasihat Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Mohd. Khairi Hussin turut menjadi panel selain Musa.

Ketika ditanya adakah beliau pernah ditawarkan untuk menyertai mana-mana parti politik sebelum ini, Musa memberitahu, wakil parti politik pernah menemui beliau dua bulan lalu untuk tujuan itu.

Menurutnya, beliau bagaimanapun telah menolak tawaran itu kerana tidak berminat.

“Saya lebih senang membantu aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan baru-baru ini saya telah dilantik sebagai patron My Watch,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: