Tanya Saya Pasal Mustafa Ali

Big SpendoMari kita ingat pasal DP Vijandran, Tan Sri Rahim Thamby Chik, S. Assamaley, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Chua Soi Lek.

Siapa mereka? Mereka semua dikaitkan dengan skandal seks dan karier politik mereka berkubur kemudiannya. Ya, ramai diantara kita tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan, kerana kita mahu mereka disebat, direjam dan kemudian diseret telanjang bulat di khalayak ramai sebab mereka adalah pemimpin yang tidak bermoral, kata kita.

Kita desak pelbagai suruhanjaya. Kita desak pelbagai siasatan dan kita desak mereka dihukum.

Kes skandal rakaman video aksi seks DP Vijandran menjadi hangat pada tahun 1989. Vijandran yang merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan  bekas Setiausaha Agung MIC kemudian melepaskan semua jawatannya sebelum dijatuh hukuman pada 1996. Vijandran merayu dan menang tetapi karier politiknya berakhir.

Tan Sri Rahim Thamby Chik pula disabitkan kesalahan kerana kononnya mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis bawah umur. Gadis itu membuat laporan polis terhadap 25 orang lelaki dan 11 daripada mereka di dapati bersalah. Pada tahun 1994, Rahim disahkan bebas dari sebarang pertuduhan seperti yang dihebahkan tetapi karier politiknya berakhir.

Tan Sri Abu Hassan Omar ketika menjadi Menteri Besar Selangor telah berdepan dengan khabar angin yang mengatakan beliau mempunyai anak luar nikah dengan kakak iparnya. Berita itu tersebar menerusi satu artikel dari tabloid di Indonesia. Abu Hassan meletakkan jawatan atas alasan kesihatan dan karier politiknya berakhir.

Pada 2007, Menteri Kesihatan Chua Soi Lek meletakkan jawatannya dan mengakui dia adalah lelaki di dalam video skandal seks di Johor. Chua Soi Lek tidak bertanding pada pilihanraya 2008 dan juga tidak akan bertanding dalam PRU Mei’13.

Pada pertengahan 1990 an, pembangkang meniup kencang khabar angin mengenai moral Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri. Pemimpin pembangkang dari PAS menggelarkan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai ‘al juburi’ dan menggesa siasatan dibuat. Timbalan Perdana Menteri itu ialah Anwar Ibrahim. Beliau dipecat dari menjadi Perdana Menteri dan kemudian dibuang dari UMNO.

Apa jadi kepada Anwar selepas itu? Anwar dipikul dan dijunjung oleh pembangkang sehingga ke hari ini.

Sejak Anwar menjadi ketua pembangkang, sahabat Anwar sendiri telah mengeluarkan rakaman video yang didakwa menunjukkan Anwar sedang mengadakan hubungan seksual dengan seorang perempuan cina. Selepas itu keluar juga beberapa foto dan video mendakwa Anwar dengan beberapa lelaki dalam keadaan intim. Anwar terus terselamat kerana kita kata bahawa video dan foto itu tidak perlu disiasat dan ia hanyalah untuk menjatuhkan Anwar.

Kemudian keluar pula foto-foto intim orang kanan Anwar dengan seorang perempuan di ruang tamu dan di dalam bilik air. Kita kata tak perlu siasat. Itu semua palsu.

Semalam, kita digegarkan pula video hubungan seks seorang lelaki yang sebijik menyerupai setiausaha agung Parti Islam SeMalaysia (PAS). Segera kita kata tak perlu siasat. Tak ada apa hendak diceritakan dan itu semua palsu.

Ini semua politik longkang. Ini semua salah UMNO. Bagaimana dengan Vijandran, Rahim Tamby Chik, Abu Hassan Omar dan Chua Soi Lek? Itu salah siapa? Kenapa kita kena siasat mereka itu?

Kita sebenarnya hipokrit paling besar dan paling layak dimasukan ke dalam neraka jahanam kerana sifat bermuka-muka kita.

Tetapi kalau kita mahu memilih syurga, maka kita perlu beri keadilan kepada diri kita sendiri. Hentikan kepura-puraan kita. Allah beri kita mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan akal untuk berfikir. Kita tidak perlu menjatuh hukum tetapi kita perlu berlaku adil.

Tags:

Categories: Eksklusif

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Tanya Saya Pasal Mustafa Ali”

  1. zul
    April 13, 2013 at 5:20 pm #

    Dunia… clinton skandal seks… bungkus..
    Turki..mp parlimen.. skandal seks.. bungkus…
    Malaysia.. utk BN shj.. jika ada skandal seks… hungkus..
    Mlaysia.. utk PR shj.. skandal seks.. beres… hebat.. dipertahankan habisan2 oleh cai2… uleh jd PM.. uleh jadi Timbalan Presiden.. uleh jadi SUA… hebat boh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: