Umno: PR Telagah Bonus Bagi BN Menang Besar

imagesKUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) mendakwa Pakatan Rakyat (PR) yang bertelagah membuka ruang “bonus” bagi pihaknya menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan menguasai kerusi-kerusi panas – melebihi 160 kawasan Parlimen.

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, mengikut kajian pembangkang mempunyai masalah yang tidak selesai dengan isu calon.

Menurutnya, isu tersebut memberi bonus kepada BN untuk memenangi 15 kerusi yang menjadi rebutan  pihak pembangkang.

“… ini bonus, biarlah mereka terus bertengkar dan bertelagah.

“Kita akan ambil semua 15 kerusi yang menjadi pertindihan calon pembangkang. Kita akan ambil semula daripada pembangkang sebanyak 20 kerusi sekalimgus kita yakin akan menang lebih 160 kerusi pada PRU13,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, BN akan membuat pengumuman calon lebih awal sebelum tempoh penamaan calon Sabtu ini.

Katanya, pengumuman awal nama calon boleh mengelakkan masalah apabila ada calon tidak terpilih ‘merajuk’ melibehi ’24’ jam yang disarankan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita akan umum awal nama calon, berbeza dengan pilihan raya umum sebelum ini untuk mengelakkan jentera pilihan raya tidak dapat digerakkan disebabkan ada calon yang merajuk.

“Pengerusi (BN) sudah pesan nak merajuk, merajuk 24 jam sahaja, tapi takut ada yang ambil masa dua tiga hari, jadi kita umum awal,” katanya lagi. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: