Gabungan Ulama Dan Umarak Acuan Terbaik BN

DSC_0132Oleh RAITINI RAHMAN

KOTA BHARU – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin Barisan Nasional (BN) mampu mentadbir Kelantan dengan baik dengan adanya gabungan golongan ulama dan umarak yang turut menganggotai parti itu yang menjadi acuan pentadbirannya.

Beliau berkata, seorang pemimpin memerlukan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan bukan hanya seorang ulama yang mampu menjadi pentadbir.

“Kita nak jadi pemimpin ini perlu banyak sifat dan kita tidak menafikan bahawa ada ulama yang boleh menjadi pemimpin. Tetapi apa yang berlaku di Kelantan pada masa ini, BN yakin boleh memberi kepimpinan lebih baik.

“Kita yakin bahawa kita boleh memberikan kepimpinan yang lebih baik dengan adanya gabungan ulama dan umarak yang kita ada. Dengan cara ini kita boleh mantapkan lagi pentadbiran seperti mana yang kita sudah lakukan,” katanya pada satu sidang media di Pusat Media Barisan Nasional di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa tiada seorang pun pemimpin UMNO negeri yang ada kini berkelayakan memimpin Kelantan, apatah lagi mahu menggantikan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mohd Amar dilaporkan berkata, pemimpin yang ingin mengganti atau mengambil alih kuasa kepimpinan sekarang haruslah seorang yang mampu untuk mentadbir negeri dan mempunyai pengetahuan ulama yang luas.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, BN kini memiliki barisan calon daripada pelbagai lapisan termasuk tokoh agama, pemuda dan wanita.

“Saya tidak nafikan agama itu penting tetapi bukan itu sahaja yang diperlukan untuk membawa perubahan, kemakmuran dan perpaduan. Gabungan antara ulama dan umarak (pemimpin) itu kita mantapkan.

Kita yakin ada barisan calon-calon mahu pun tokoh agama yang boleh kita tonjolkan. Yang penting ialah memimpin negeri, buat perubahan, kemakmuran, perpaduan, dan saya akui agama itu penting tetapi bukan itu sahaja kerana banyak juga perkara lain,” katanya.

Jelasnya, tidak semestinya ulama boleh memimpin dengan baik atau mungkin boleh untuk memimpin tetapi apa yang dimahukan parti itu adalah kepimpinan yang cemerlang.

“Ini bukan satu perkara baru, itu merupakan bahan kempen Pas sejak tahun 90-an lagi sampai sekarang.

“Rakyat Kelantan pada hari ini sudah mula bangkit dan inginkan perubahan kerana rakyat Kelantan tahu dalam mana-mana pemimpin dalam organisasi pun memerlukan banyak sifat kepimpinan, bukan satu sahaja.

“Rakyat Kelantan hari ini, Alhamdulillah telah mula bangkit dan inginkan perubahan. Ke mana-mana kita pergi sambutan pada BN sangat positif,” katanya.

Sementara itu mengulas isu yang sama, Setiausaha BN negeri, Datuk Mad Alwi Che Ahmad berkata, dalam negara demokrasi, setiap parti mempunyai acuan dan kelebihan sendiri.

“Mohd Amar tidak sepatutnya menyatakan komen sedemikian kerana setiap rakyat diberi pilihan untuk memilih. BN mempunyai acuan sendiri dan acuan kita adalah Tok Pa. Itulah pilihan raya. Itulah demokrasi,” katanya.

Tags: , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: