Golongan Muda Turut Jadi Perhatian BN

BachokOleh HANA MARYAM

BACHOK – Keprihatinan terhadap golongan muda turut menjadi teras perjuangan Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang dirangka menerusi manifesto tambahan BN Kelantan dan ianya berasaskan kepada tuntutan Islam.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, sekiranya diberi mandat, pembangunan pendidikan dan perancangan yang tersusun akan dilaksanakan bagi mewujudkan lebih ramai imam serta ulama daripada golongan muda.

Beliau berkata, ia sebagai bukti perjuangan UMNO dan BN tidak bertentangan dengan kehendak Islam dan menjadi tanggungjawab kerajaan sekiranya terpilih menerajui pentadbiran negeri Kelantan untuk memperkasakan sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri yang sememangnya menjadi pusat melahirkan cendikiawan Islam.

“Malah usaha memantapkan sekolah pondok dengan menyediakan tenaga pengajar dan prasarana yang lebih baik merupakan pendekatan terbaik untuk mencapai matlamat yang sama.

“Kita tidak akan meminggirkan sistem pengajian pondok yang sebelum ini adalah jenama bagi negeri Kelantan sebagai serambi Mekah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ibu bapa pelajar cemerlang Bachok, di Dewan Tok Tanggok Pejabat Pelajaran Daerah Bachok, dekat sini malam tadi.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, dalam mengimbangi keperluan duniawi dan ukhrawi pembinaan pusat kecemerlangan pelajar di setiap jajahan adalah satu keperluan yang wajib dilaksanakan.

Beliau berkata, usaha membela kebajikan guru sekolah agama negeri dan sekolah agama rakyat supaya setaraf dengan guru Kementerian Pelajaran perlu diambil kira dengan keperluan semasa dan menghargai jasa bakti mereka gigih melahirkan golongan yang berpengetahuan dalam agama.

“Sokongan padu belia berumur 21 tahun dan pertama kali mengundi dalam PRU13 amat penting dan mereka seharusnya menimbang tawaran perkhidmatan dan usaha untuk membela nasib mereka seperti yang dikemukan oleh BN Kelantan menerusi manifesto tambahan dan Aku Janji. BN perlu menjadi pilihan utama mereka,” katanya.

Awang Adek berkata, program dana mesra belia dengan menyediakan peruntukan khas berbentuk geran dan pinjaman untuk kemudahan golongan itu memulakan perniagaan juga pendekatan baru dalam usaha melahirkan ahli perniagaan dan usahawan muda yang berjaya.

Beliau berkata, sebelum ini pun pelbagai usaha yang berkaitan pembangunan ekonomi belia telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat bagi memastikan belia-belia Kelantan terus mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Menurutnya, belia adalah pelapis kepimpinan negara perlu diperkukuhkan dengan pelbagai program jati diri dan usaha memperkasakan pertubuhan belia adalah pendekatan yang terbaik termasuk mewujudkan pusat-pusat kegiatan sukan lasak, menubuhkan pusat inkubator bagi memasarkan produk-produk yang dihasilkan golongan belia dan sebagainya.

Tags: ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: