Jambatan Sultan Yahya Petra Ke-2 Bukti Keprihatinan Kerajaan Pusat

Mustapa merasmikan lorong kedua jambatan Sultan Yahya Petra 2.

Mustapa merasmikan lorong kedua jambatan Sultan Yahya Petra 2.

Oleh RAITINI RAHMAN

KOTA BHARU – Pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra yang bernilai RM184.8 juta adalah salah satu bukti yang kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan Kelantan biarpun berada di bawah pentadbiran Pas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad berkata, projek pembinaan Jambatan bertingkat Sultan Yahya Petra kedua yang menghubungkan laluan Pasir Pekan, Tumpat ke Kota Bharu dapat mengurangkan kesesakan lalulintas bagi pengguna di laluan terbabit.

“Kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan Kelantan walaupun di bawah Pas. Projek ini merupakan petanda bahawa kita amat prihatin dengan pembangunan dan kemajuan di negeri ini untuk kesejahteraan rakyat.

“Apa yang jelas kita lihat projek jambatan sepanjang 1.6 kilometer ini mempercepatkan perjalanan dan pengguna jalan raya dapat sampai ke destinasi yang dituju dengan mudah,” katanya kepada media selepas merasmikan laluan kedua jambatan terbabit di sini tengahari tadi.

Mustapa berkata, projek berkenaan yang kini dibuka kepada laluan dua lorong akan ditambah dengan empat lorong yang dijangka bakal siap sepenuhnya pada akhir Julai ini.

“Sebelum ini laluan pertama dibuka kapada orang ramai pada 5 Februari lalu dan kini laluan kedua sudah dibuka hari ini dan empat lorong lagi bakal dibuka tidak lama lagi.

“Ini merupakan projek terbesar di Kelantan dan rakyat harus sedar tentang keprihatinan Kerajaan Pusat yang ingin membantu rakyat dan memajukan negeri ini dan ternyata tuduhan yang dilemparkan kepada kita oleh pembangkang yang mengatakan UMNO sebagai pemerintah zalim tidak berasas dan terbukti kita menunaikan janji untuk rakyat,”katanya.

Mustapa turut menafikan dakwaan pembangkang sebelum ini yang mengatakan projek terbabit mengalami keretakan kecil.

“Tidak…tidak..tidak. Sekarang ini proses penambahbaikan sedang dijalankan untuk melancarkan pembinaan dan pembukaan empat lorong lagi yang dijangka siap Julai ini,” katanya.

Tags: , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: