Mufti Kelantan Nasihat Rakyat Berkempen Secara Sihat

_DSC2964Oleh HANA MARYAM

KOTA BHARU – Masyarakat Islam di negara ini dinasihatkan agar melaksanakan tanggungjawab semasa berkempen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) secara berhemah dan mengikut lunas-lunas Islam.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, sebagai umat Islam mereka perlu menjaga nama baik agama.

“Selain itu tata susila sebagai rakyat yang bertamadun dan matang dalam membuat pemilihan sesebuah kerajaan.

“Masyarakat Islam perlu menolak kempen-kempen politiksecara ekstrem yang boleh menjejaskan keamanan negara kerana ia bertentangan dengan prinsip dan landasan Islam untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau turut menasihatkan rakyat agar tidak menjadikan pilihanraya ini sebagai tragedy yang boleh menjejaskan keamanan, bangsa dan negara.

“Rakyat perlu suburkan semangat demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan di negara ini dengan menghormati undang-undang dan peraturan pilihan raya,” katanya.

Tags: , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: