Pas – Calon Oh Calon

kelantanku hijauMalam tadi adalah acara besar untuk Pas Kelantan. Malam tadi adalah kemuncak untuk menunjukkan kekekuatan jentera Pas di Kelantan. Malam tadi juga hujan mencurah-curah.

Kata Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Nasruddin Daud, hujan malam tadi adalah rahmat. Tanda Allah merahmati perjuangan Pas untuk mempertahankan Kelantan dan merampas Putrajaya.

Ya! kalau hujan lebat semasa program Barisan Nasional atau UMNO itu adalah bala.

Malam tadi juga tidak nampak dua pemimpin utama Pas iaitu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Husam Musa. Nik Aziz katanya uzur tetapi Husam bagaimana pula.

Oh! mungkin sibuk di Putrajaya.

Malam tadi juga sepatutnya diumumkan senarai calon Pas untuk Pilihan Raya Umum Ke-13. Namun ditangguhkan. Kata Ketua Penerangan Pas Kelantan, Datuk Dr. Mohd. Fadhli Datuk Hassan penangguhan itu dibuat kerana pihak Pas salah jangka tarikh penamaan calon.

Alasan yang baik!

Sepatutnya acara besar seperti itu, Padang Perdana pastinya penuh. Kurang lebih 30,000 orang dan bukannya 3,000 orang dan padang hanya separuh sahaja padat.

Apa pun semua tahu Pas Kelantan sekarang berada dalam keadaan yang amat lemah. Hakikatya, Pas masih belum selesai masalah calon. Keadaan dalamannya berkecamuk.

Di Bachok, Ustaz di Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, Ahmad Marzuk Shaary yang disebut-sebut sebagai calon Parlimen Bachok untuk Zaiyadimenentang Datuk Dr. Awang Adek Hussin ditolak oleh akar umbi Pas. Begitu juga dengan Dr. Zayadi Awang Noh yang masih terkial-kial untuk menentukan untuk bertanding atas tiket Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di Rantau Panjang, khabarnya anak Nik Aziz, Nik Abduh akan menggantikan Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd. Yusof untuk kerusi Parlimen tersebut. Bagaimanapun Zailah enggan untuk ditukarkan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Periok.

Siti Zailah terpaksa diturunkan pangkat sebab beliau hanya pandai bercakap tetapi sepanjang lima tahun menjadi Ahli Parlimen, Rantau Panjang tetap sama. Tidak ada perubahan dan lebih memburukkan keadaan peniaga di Pasar Rantau Panjang mula mengamuk kerana kerajaan Pas Kelantan terutama Zailah tidak cakna kepada nasib mereka.

Di Kota Bharu agak menarik apabila timbul cerita, Nik Aziz bersetuju untuk menyerahkan kerusi tersebut kepada Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding atas tiket Pas tetapi Pas kawasan Kota Bharu menentang sepenuhnya, mereka mahukan Datuk Takiyuddin Hassan bertanding di situ.

Takiyuddin pula tidak mendapat sokongan daripada penduduk kaum Cina. Mereka lebih cenderung untuk membantu Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh.

mumtazDi Kubang Kerian, untuk memilih calon Parlimen memeningkan kepala. Katanya, Ahmad Baihaqi Atiqullah amat berminat kerusi tersebut selepas dia ditolak di DUN Pasir Tumboh khususnya warga pondok. Pada masa yang sama muncul nama Senator Mumtaz Mat Nawi untuk bertanding di kerusi tersebut.

Itu belum lagi dikira nama-nama lain yang disebut-sebut.

Di Machang, Zulkifli Mamat ditolak secara total oleh warga Pulai Chondong. Begitu juga dengan Wan Ahmad Lutfi Wan Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan Ustaz Pi tidak diterima lagi oleh penduduk Kemuning.

Di Pasir Mas, Pas masih terkial-kial untuk mencari calon heavyweight untuk menentang Datuk Ibrahim Ali. Khabarnya, Nasuruddin Daud akan berdepan dengan Ibrahim untuk kerusi Parlimen tersebut dan mengosongkan kerusi DUN Meranti untuk calon lain.

Ini situasi semasa yang berlaku di Kelantan. Pas menghadapi masalah yang amat besar pada masa sekarang disaat UMNO dan BN telah mengukuhkan kedudukannya dengan gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan semakin hebat dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan.

Sekiranya keadaan ini tidak dapat diselesaikan Pas pasti tumbang. Bai’ah Pas tidak lagi digeruni oleh ahlinya. Pas adalah sebuah parti yang mana pemimpinnya juga mata duitan.

Anak muda bermotosikal yang datang beramai-ramai juga telah dibayar oleh Pas, RM10 dan sehelai t-shirt

Pas bukan Islam, Islam bukan Pas. Jadi jangan takut untuk menolak Pas. Syurga dan neraka bukan berada di tangan Nik Aziz atau Pas.

Big Spendo

Tags: , ,

Categories: Eksklusif

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: