Pas Kini Makin Terdesak, Didakwa Cuba Sogok Wang

Pengkalan chepaOleh HANA MARYAM

KOTA BHARU – Bimbang dengan perubahan yang berlaku di Kelantan, Pas Kelantan didakwa cuba menyogok wang kepada seorang ahli jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Bachok untuk mengundi parti pembangkang itu pada pilihan raya umum ke-13, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Awang Adek mendakwa ahli jawatankuasa Wanita UMNO terbabit didatangi dua orang ahli Muslimat Pas di rumahnya dan menawarkan RM500 sebagai ganjaran untuk mangsa mengundi Pas.

“Kejadian berlaku beberapa minggu lalu. Ahli Wanita Umno itu kata saya penyokong kuat Barisan Nasional (BN), rumah saya pun ada bendera BN. Dia kata ahli muslimat Pas itu kata, dia tahu.

“Mereka (Pas) ingat beri RM500 boleh membeli kepercayaan dan perjuangan anggota UMNO,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya BN Parlimen Pangkalan Chepa di sini, hari ini.

hadir sama pada majlis itu, Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin, Timbalannya, Che Rosli Hassan, Ketua Pemudanya, Che Othman Che Wel, Ketua Wanitanya, Zarina Eusope serta pemimpin BN bahagian terbabit.

Awang Adek yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok berkata, beliau dimaklumkan jentera Pas sudah mula bergerak dari rumah–ke rumah untuk meraih undi daripada rakyat.

“Kita juga sudah bersedia untuk menghadapi atau berhadap dengan taktik kotor mereka (pakatan pembangkang) dalam usaha mereka untuk meraih undi,” katanya.

Tags: , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Pas Kini Makin Terdesak, Didakwa Cuba Sogok Wang”

  1. April 21, 2013 at 1:13 pm #

    This paragraph gives clear idea in favor of the new visitors of blogging, that truly how to do running a blog.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: