PPI Ikrar Sokong Calon BN Tebus Kesilapan

himpunan 1001 suara

Oleh RAITINI RAHMAN

BACHOK – Lebih 1,000 Penanam Pengawet Individu (PPI) yang menganggotai Persatuan Penanam, Pengawet Tembakau dan Asas Tani berikhrar akan melakukan “tebus kesilapan” dengan memberi sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei depan.

Yang Dipertuanya, Alias Kadir berkata, ini disebabkan mereka sedar pada PRU-12 (2008) sebilangannya telah melakukan kesilapan apabila tidak mengundi calon-calon BN yang
menyebabkan BN tewas teruk di Kelantan termasuk di Bachok.

“Walhal kerajaan BN sebelum itu telah banyak membantu termasuk mengeluarkan pelbagai bentuk bantuan,” katanya pada majlis himpunan 1001 suara pesara PPI Bachok yang diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di sini, malam tadi.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Dr Ilias Hussin dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Datuk Mohammad Zaidi Sidek.

Pada tahun 2010 sebahagian besar peserta PPI tidak dapat mengusahakan tanaman itu
kerana tidak mampu bersaing dengan harga daun kering di peringkat global menyebabkan
syarikat-syarikat pengilang rokok di negara ini lebih berminat mengimportnya dengan harga
yang lebih rendah hasil pengecualian cukai di bawah Perjanjian Perdangan Bebas Asean
(AFTA).

Alias berkata, ini menyebabkan mereka kehilangan punca pendapatan dan kini memohon bantuan daripada kerajaan pusat supaya mendesak syarikat-syarikat pengilang rokok yang
mendapat keuntungan besar setiap tahun dari hasil titik peluh mereka mengeluarkan pampasan sebagaimana yang pernah diberikan kepada syarikat-syarikat pengawet tembakau pada tahun 2008.

Sementara itu, Awang Adek ketika ditemui berkata, sebelum tahun 2008 kerajaan pusat melalui usahanya telah meluluskan peruntukan kira-kira RM100 juta sebagai wang pampasan kepada penanam lebih 60 peratus daripadanya penanam tembakau di Bachok dan selebihnya Pasir Puteh, Pasir Mas dan Tumpat.

“Bagaimanapun usaha kerajaan pusat itu tidak dihargai apabila calon-calon BN yang bertanding di kawasan itu termasuk saya sendiri tewas,” katanya..

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, bagaimanapun pada pilihan raya kali ini mereka berikhrar akan menebus kesilapan itu dengan bekerja keras bagi mempastikan calon-calon BN akan mencapai kemenangan.
“Jika menang saya berjanji akan membawa tuntutan itu ke pihak atasan untuk dipertimbangkan wang pampasan sebagaimana yang saya pernah lakukan sebelum ini,” katanya.

Tags: , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: