BN Tampil 31% Calon Profesional Dan Ulama

imageKUALA LUMPUR – Seramai 31 peratus calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) terdiri daripada golongan profesional dan ulama.

Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya cuba lakukan secara inklusif dan yakin barisan yang ditampilkan mampu memberi saingan hebat pada parti lawan.

“Kita cuba lakukan secara inklusif di peringkat Parlimen yang mana sebanyak 91 peratus calon memiliki diploma ke atas.

“Kita punya pelbagai kategori penyertaan calon, 31 peratus datang daripada golongan profesional seperti profesor, pegawai tadbir diplomatik dari agensi kerajaan, doktor, peguam dan ulama,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan watikah PRU13.

Perdana Menteri berkata, selain daripada kumpulan itu, pihaknya turut membariskan calon yang popular di peringkat akar umbi.

“Bukan semua akan sertai Kabinet jadi penentuannya adalah kebolehan untuk jadi calon pemimpin akar umbi,” katanya.

Ketika ditanya adakah itu senarai yang telah dimuktamadkan, beliau berkata, pihaknya berharap tiada perubahan besar yang berlaku.

“Ini senarai (calon) yang terakhir, saya harap tiada  yang berubah, daripada mereka yang tercalon, kami cuba berikan yang terbaik.

“Umumnya, saya yakin ini pasukan BN yang terkuat kita tampilkan. Inilah pasukan yang boleh penuhi aku janji manifesto BN. Saya juga berusaha tampilkanm inklusif sebanyak mungkin,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: