Polis: Jangan Sewenang-Wenang Keluar Fatwa Mengelirukan

imageKOTA BHARU – Semua pihak dinasihat agar jangan mengeluarkan fatwa yang boleh mengelirukan orang ramai dan menyebabkan perbalahan antara masyarakat semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata jika ada pihak yang tidak mempedulikan nasihat itu, polis mempunyai cara untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap pihak yang melampau itu.

“Ini kerana fatwa berkenaan akan dibincangkan di kedai-kedai kopi dan akan menyebabkan perbalahan yang diikuti dengan pergaduhan antara masyarakat bukan sahaja di Kelantan tetapi juga di tempat lain,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menghadapi PRU13 ini, di sini hari ini.

Khalid turut menasihatkan calon yang bertanding dan penyokong mereka supaya mematuhi nasihat pihak berkuasa khususnya sepanjang 15 hari tempoh berkempen.

“Kami akan beri kerjasama kepada pihak yang memohon permit untuk mengadakan kempen yang teratur, kami tidak mahu berlaku pertindihan kawasan ceramah yang boleh menimbulkan perbalahan pihak-pihak yang bertanding,” katanya.

Beliau berkata 2,000 anggota polis ditambah di negeri ini dan polis mengesan 80 kawasan panas di 32 daripada 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kelantan.

Sejak pembubaran Dewan Rakyat 3 April lepas, polis Kelantan menerima 39 laporan polis berkaitan pilihan raya termasuk merosakan bendera parti, bertengkar, mengugut dan mencederakan dengan senjata tajam, katanya.

Mengenai siasatan polis terhadap kes video seks yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali, Khalid berkata polis menjalankan siasatan berkaitan kesalahan pengedaran dan memiliki video lucah.

“Tindakan boleh diambil terhadap sesiapa sahaja yang memiliki video lucah sama ada ia disimpan dalam telefon bimbit atau facebook, jika polis dapat mengesan, kami akan ambil tindakan,” katanya sambil meminta sesiapa yang memiliki video lucah supaya segera menyerahkannya kepada polis. – Bernama

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: