PRU-13: Pas Terus Bercelaru Isu Kalimah Allah

imageKOTA BHARU  – Walaupun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengumumkan pendirian dengan membenarkan pengunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain namun Pas terus berdolak-dalih dengan menyalahkan Barisan Nasional (BN) yang kononnya tidak mempertahakan kalimah suci itu.

Terdesak dengan bantahan orang ramai terutama dari akar umbi Pas sendiri mengenai pengunaan kalimah Allah yang gagal dipertahankan parti itu, Pas seolah-olah ‘lepas tangan’ menuding jari dengan mendakwa UMNO sebenarnya yang membenarkan pengunaan kalimah Allah di dalam bible bahasa Melayu.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Nasuruddin Daud berkata, Pas melalui Majlis Syura Ulama parti itu dengan jelas telah membuat keputusan tidak membenarkan orang kafir mengunakan kalimah Allah.

Beliau berkata, orang kafir tidak boleh mengunakan kalimah Allah di dalam Bible kerana Allah dengan Tuhan ini lain. Allah tidak beranak, tidak anak kepada sesiapa, tidak serupa dengan sesiapa dan tidak menyerupai sesuatu.

“Begitu juga Allah dengan makhluk tidak serupa. Ada orang Kristian dia kata Tuhan ada anak iaitu Nabi Isa, orang Musyrikin dia kata Malaikat itu anak Tuhan, ini semua tidak betul. Telah kafir orang yang kata Tuhan itu salah satu daripada tiga.

“Sebab itu kita tidak membenarkan orang bukan Islam menterjemahkan God kepada Allah dan ini jelas, tetapi kerajaan Malaysia membenarkan tiba-tiba dia salahkan kita tidak mempertahankan kalimah Allah.

“Kita bukan setakat kalimah Allah kita pertahankan, yang paling penting syariat Allah pun kita pertahankan. Dia (UMNO) kalimah Allah tidak pertahan, syariat Allah pun dia tolak,” katanya semasa menyampaikan ceramah pada program Ijtimak Ulama dan Guru-guru Pondok di sini malam tadi.

Pada 8 Januari lalu, Abdul Hadi mengumumkan pendirian pakatan pembangkang yang menyatakan Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

Pendirian bersama pakatan pembangkang itu turut dipersetujui Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, selepas itu Majlis Syura Ulama Pas memutuskan kalimah Allah adalah khusus untuk agama Islam dan tidak boleh digunakan penganut agama lain berikutan bantahan banyak pihak termasuk golongan alim ulama.

Keputusan Majlis Syura itu bagaimanapun tidak diterima oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyifatkannya tidak mewakili suara majoriti dalam Pas serta menggesa Abdul Hadi meminta badan tertinggi Pas itu mengkaji semula keputusan tersebut.

Gesaan Karpal itu bagaimanapun dibantah oleh beberapa pemimpin Pas termasuk Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dan Timbalan Mursyidul Am parti tersebut, Datuk Haron Din yang menyatakan akan mempertahankan kalimah suci itu sehingga akhir hayat beliau.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain dicetuskan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 25 Disember tahun lalu yang membuat gesaan supaya Kerajaan Persekutuan memberi kebenaran kepada penganut Kristian menggunakan kalimah itu. – UTUSAN ONLINE

 

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: