Saya Masih Setiausaha Agung Pas – Mustafa Ali

dn_01.1KUALA TERENGGANU – ”Saya masih lagi Setiausaha Agung Pas,” ujar Datuk Mustafa Ali secara ringkas kepada Utusan Malaysia petang semalam ketika ditanya sama ada beliau akan melepaskan jawatan ekoran tersebarnya dakwaan video seks yang dikaitkan dengannya.

Mustafa terus mengambil sikap mengunci mulut berhubung isu itu ketika desakan juga mula kedengaran agar beliau ‘direhatkan’ dan pucuk pimpinan perlu menyiasat kebenaran dakwaan itu di samping memintanya bersumpah bagi menafikan perkara tersebut.

Sehari sebelum itu, Mustafa yang hadir dalam majlis perasmian Markas Pemuda Pas cawangan Dewan Undangan Negeri Paka, di Dungun sebelum bergegas ke satu lagi ceramah di Kampung Molek dalam daerah yang sama hanya menyentuh sedikit mengenai soal itu.

Di hadapan kira-kira 100 orang ahli dan penyokong di markas itu, di penghujung ucapannya beliau yang kelihatan sebagaimana biasa, sepintas lalu menyentuh isu yang mula meledak di ruang siber, di dalam blog-blog dengan polemik yang hangat.

Mustafa menjadikan UMNO sebagai sasaran yang didakwanya bertanggungjawab membuat fitnah terhadapnya dengan menggunakan media arus perdana bagi menyebarkan pembohongan.

Mustafa seterusnya mengulangi kenyataannya sebelum ini yang beliau menyerahkan kepada peguamnya, Asmuni Awi dan Hanifah Maidin melalui Tetuan Awi & Co. untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu). Ada pula antara blog-blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai setiausaha agung (Pas) kerana isu video ini.

“Saya hidup lagi ini, (masih) Setiausaha Agung Pas lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar,” jelasnya.

Beliau berkata, semua dakwaan berkaitan VCD seks yang mengaitkan beliau itu sebagai bukti UMNO kian terdesak menjelang menghadapi pilihan raya umum kali ini.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada para peguamnya berhubung pendedahan dan pembikinan VCD itu untuk tindakan lanjut.

Beliau terus mengelak untuk mengulas lanjut mengenai dakwaan itu sebaik sahaja diajukan soalan daripada para pemberita.

“Sudah-sudah, saya dah bagi tahu, saya tak nak cakap apa-apa. Saya dah serah kepada peguam, itu saja.

Not worth commenting (Tidak berbaloi untuk bagi komen),” katanya lalu masuk ke dalam kenderaan sebelum beredar.- Utusan Malaysia

 

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: