Zaid Ibrahim Bertanding Tiket Pas?

zaid ibrahim

Oleh HANA MARYAM

KOTA BHARU – Pengasas Parti Kita, Datuk Zaid Ibrahim membayangkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Bharu di atas tiket Pas sekiranya mendapat tawaran daripada pimppinan tertinggi parti itu pada pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Bharu berkata demikian ekoran wujud desas desus mengatakan namanya disebut di dalam mesyuarat pimpinan Pas sebagai calon yang paling sesuai untuk menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Fatmi che Salleh.

Tambahan pula bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu dikatakan calon pilihan Pesuruhjaya Pas Kelantan yang juga Menetri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Zaid, 62 dikatakan bersedia menyahut cabaran untuk bertanding menentang Mohamad Fatmi merebut kerusi Parlimen Kota Bharu.

“Ada perbincangan dilakukan namum ia tidak dibuat secara bertulis dan dalam keadaan yang tidak formal. Perkara tersebut mendapat keputusan rasmi.

“Walaupun saya pernah menyatakan hasrat untuk bersara di dalam bidang politik namun sekiranya ditawarkan untuk bertanding dengan Mohamad Fatmi menarik perhatian saya. Saya sedia menyahut cabaran itu,” katanya kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun, hasrat Zaid untuk bertanding itu dinafikan oleh Timbalan Setiausaha Agong Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Menurut Takiyuddin senarai nama calon yang akan mewakili Pas telah pun diputuskan.

“Semua nama calon yang bakal mewakili Pas sudahpun diputuskan secara muktamad. Ia bakal diumumkan menjelang tarikh penamaan calon 20 April ini,” katanya.

Untuk rekod, kerusi Parlimen Kota Bharu disandang oleh veteran Pas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yang baru saja mengumumkan persaraannya.

Wan Abdul Rahim dikatakan bersetuju untuk bertanding di Parlimen Gua Musang, dengan harapan, bertanding dan mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah selepas beliau dipaksa oleh Ketua-Ketua Pas Negeri.

Beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk bersara atas nasihat keluarga yang meminta beliau berbuat demikian.

Tags: , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: