Adakah Ong Tee Keat Jadi Calon Bebas Di Parlimen Pandan?

KeatKUALA LUMPUR: Kawasan Parlimen Pandan bakal menjadi tumpuan Sabtu ini, hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13.
Meskipun Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telahpun mengumumkan calon masing-masing namun tumpuan akan terarah kepada kemungkinan muncul pencabar ketiga iaitu penyandang, Datuk Seri Ong Tee Keat, yang digugurkan daripada mempertahankan kerusi itu yang disandangnya selama dua penggal.

MCA semalam menamakan Garry Lim Chin Yee, 39, penasihat undang-undang bahagian itu untuk menentang Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, pada pilihan raya umum 5 Mei ini di kawasan yang dikuasai pengundi Melayu.

“Tunggu saja hari pencalonan,” Ong dipetik sebagai berkata oleh akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau hari ini.

Ketua Wanita MCA bahagian Pandan Cindy Leong Siew Kam, yang mengenali Ong lebih 20 tahun, berkata Ong tidak mungkin menamatkan kerjaya politiknya tanpa tentangan, dan beliau (Cindy) tidak terkejut jika Ong bertanding sebagai calon bebas.

Leong berkata sungguhpun Ong gemar melakukan sesuatu mengikut caranya sendiri, beliau seorang yang amat berdedikasi dan wakil rakyat berpengalaman yang sangat disukai pengundinya.

Lim berkata beliau juga ada mendengar Ong akan bertanding sebagai calon bebas.
“Saya sudah berbulan-bulan tidak menghubunginya. Tapi saya dengar beliau akan bertanding sebagai calon bebas. Kami tidak tahu, tunggu dan lihat sajalah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sungguhpun membuat penampilan sulung pada pilihan raya ini, Lim berkata, beliau akan berjuang berhabis-habisan untuk mempertahankan kerusi berkenaan bagi BN, dengan menganggap peluangnya sebagai cerah.

Ong menjadi Ahli Parlimen selama enam penggal, empat penggal pertama di Ampang Jaya sebelum berpindah ke Pandan pada 2004 dan mengekalkannya pada 2008. – BERNAMA

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: