BN Calon 25 Muka Baru

Calon

Oleh AMIRUL HAFIZ

KOTA BHARU – Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan seramai 25 muka baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini membabitkan 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga bagi kerusi parlimen.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, gabungan mantap calon muka lama dan baru itu diputuskan secara kolektif termasuk maklumat dari akar umbi.

Antara muka baru yang diketengahkan ialah Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz yang bertanding Parlimen Tanah Merah, Ketua Wanita UMNO Tumpat, Nik Noriza Nik Salleh (DUN Pasir Pekan), Naib Ketua UMNO Pengkalan Chepa, Zaluzi Sulaiman (DUN Kijang), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas dan Che Johan Che Pa (Parlimen Pasir Mas).

“Kita yakin dengan calon-calon yang terdiri dari ulama, tokoh agama, profesional dan sebagainya ini akan memberi satu inspirasi kepada semua rakyat kelantan.

“Kita mahu Kelantan ini mencatatkan keputusan cemerlang. Kelantan ada potensi dan kita tahu sepanjang 23 tahun lalu, Kelantan telah tidak mencapai potensi sepenuhnya.

“Banyak lagi masalah yang kita hadapi termasuk masalah air, ladang rakyat, infrastruktur, perpaduan yang serius lebih-lebih menjelang pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan senarai calon tersebut di bangunan UMNO negeri di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin, pemimpin parti komponen, barisan calon serta penyokong masing-masing.

Dalam pada itu, pencalonan semula Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sekali gus menamatkan spekulasi kononnya kedua-dua pemimpin veteran itu akan tersingkir pada PRU – 13 ini.

Tengku Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li dicalonkan semula bagi mempertahankan Parlimen Gua Musang, manakala Annuar bagi merebut kembali kawasan Parlimen Ketereh yang tewas kepada Parti keadilan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.

“Saya yakin, barisan calon ini akan memberi keyakinan kepada rakyat untuk memilih BN,” katanya.

Sementara itu, Mustapa dicalonkan untuk DUN Ayer Lanas selain akan mempertahankan kerusi Parlimen Jeli.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: