Mustapa Sah Bertanding Dua Kerusi

_NJX6351 (Small)

Oleh HANA MARYAM

KOTA BHARU – Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed memikul tanggungjawab besar apabila dicalonkan sebagai Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dua kerusi iaitu kerusi Parlimen Jeli dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Lanas pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini.

Keputusan itu dilihat sebagai satu strategi BN untuk menguatkan parti dan ia juga menamatkan spekulasi kedudukan Mustapa selama ini yang dikatakan sebagai calon favorit untuk menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan sekiranya BN Berjaya menawan Kelantan nanti.

Mustapa bagaimanapun menegaskan sekiranya BN Berjaya menawan Kelantan kesemua calon DUN yang mewakili BN layak untuk menjawat jawatan tersebut memandangkan ia dibarisi calon yang terbaik yang digelar barisan transformasi Kelantan.

“Perkara itu tidak berbangkit kerana kita ada 45 tokoh dan kesemuanya layak menjadi Menteri Besar. Mereka terdiri daripada tokoh ulamak, guru, tokoh veteran dan semuanya layak bukan saya seorang yang layak.

“Kebanyakkan 45 orang tersebut adalah layak, dan yang pertama, biar rakyat yang menentukannya, bukan kita yang menentukannya. Yang kedua biar sultan yang akan perkenankannya,” katanya pada siding media selepas pengumuman calon BN Kelantan di buat di Ibu Pejabat Perhubungan UMNO negeri di sini, hari ini.

Mustapa berkata, isu Menteri Besar tidak berbangkit dan pemimpin UMNO yang bariskan mewakili BN layak untuk memimpin negeri Kelantan.

“Bukan satu, bukan dua, mungkin 10 yang layak. Jadi isu Menteri Besar tidak berbangkit. Ini serah kepada rakyat Kelantan, ikut budi bicara tuanku. Kita sedia maklum, dalam perlembagaan yang akan ditentukan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan,” katanya.

Mengulas mengenai isu calon lama yang dikekalkan, Mustapa berkata, mereka dikekalkan kerana masih mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan diterima rakyat.

“Tokoh lama juga penting dalam mengekalkan keseimbangan kerana mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam memenangi hati rakyat dan merek ajuga sudah terbukti mampu melakukan kerja yang terbaik,” katanya.

Untuk rekod Kelantan memiliki 14 kerusi Parlimen dan 45 DUN di Kelantan.

Mengenai DUN Guchil yang diwakili PPP, Mustapa berkata ia merupakan pengorbanan besar UMNO Bahagian Kuala Krai memandangkan ia merupakan kerusi tradisi mereka.

“Ini satu sejarah kerana PPP kita tahu perlu kerusi juga. Saya harap PPP bekerja kuat untuk hargai pengorbanan Umno dan menang cemerlang di DUN Guchil,” katanya.

Tags: , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: