PR Batal Sidang Media, Masih Halusi Isu Kerusi

Pakatan_rakyat_logo_dan_benderaPETALING JAYA – Pakatan Rakyat (PR) dipercayai masih belum mencapai kata sepakat dalam soal pembahagian kerusi membabitkan beberapa kawasan dan calon yang akan ditampilkan pada pilihan raya umum kali ini.

Sidang media Majlis Pimpinan PR yang dijadualkan pada jam 4 petang tadi dibatalkan dua jam selepas ia tertangguh.

“Sidang media dibatalkan kerana mesyuarat masih lagi berjalan dan tidak diketahui bila akan tamat,” kata seorang pegawai ibu pejabat PKR kepada wartawan yang menunggu, dipetik Astro Awani.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok diihat meninggalkan ibu pejabat PKR sebelum diikuti oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata, PR akan mengumumkan baki kerusi yang belum diumumkan calonnya selepas pengumuman calon Barisan Nasional (BN).

Sinar Harian Online difahamkan antara kerusi yang belum diputuskan calon oleh PR adalah Telok Kemang, Kuala Pilah dan Rembau. Tiga kerusi itu ditandingi oleh PKR dalam pilihan raya umum 2008 tetapi ia hanya menang di Telok Kemang.

Pembahagian kerusi Dun di Negeri Sembilan juga dikatakan sedikit bermasalah apabila PKR kawasan Labu menuntut supaya kerusi berkenaan ditandingi oleh calon parti itu dan bukannya keputusan Pakatan Rakyat sekarang meletakkan calon Pas.

Selain itu, masalah juga dikesan timbul di kawasan Dun Sungai Acheh di Pulau Pinang melibatkan PKR dan Pas serta di Dun Johor Jaya di Johor melibatkan PKR dan DAP.

Masalah sama juga dikatakan berlaku di kerusi Dun Changkat Jering selepas Pas mengumumkan kerusi itu akan ditandingi oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sedangkan kerusi itu pada 2008 ditandingi oleh PKR.

Dalam pada itu, wartawan Sinar Harian dari Seremban melaporkan bahawa PR Negeri Sembilan yang sepatutnya mengumumkan calonya pada malam ni terpaksa ditanguhkan kerana dipercayai PKR negeri ini mempunyai masalah dalam pemilihan calon.

Pengumuman akan dibuat dalam satu tarikh yang akan di beritahu dalam masa terdekat, kata seorang pemimpin.

BN mengumumkan barisan calonnya secara berperingkat-peringkat sejak pagi tadi.

Komponen PR telah mengumumkan calonnya secara berperingkat sejak akhir bulan lalu.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: