PRU13: BN 1 – 0 Pas

CalonPenantian untuk melihat siapa calon Barisan Nasional (BN) khususnya di Kelantan sejak 3 April lalu akhirnya terjawab. BN membariskan 45 peratus muka baru yang menggabungkan golongan umara dan ulama.

Paling menarik apabila Harakahdaily menjadi media pertama yang membuat menganalisa senarai calon tersebut. Kesimpulan mudah yang dibuat oleh media tersebut adalah Datuk Seri Mustapa Mohamed menyembelih dua ketua UMNO Bahagian, iaitu Fauzi Mohamad (Kubang Kerian) dan Abdullah Mat Yassin (Rantau Panjang).

Begitu dangkal analisa yang dibuat oleh Harakahdaily. Dua ketua UMNO Bahagian itu sememangnya sengaja disembelih kerana mereka adalah liabiliti kepada parti. Mereka menjadi ketua pun hanya kebetulan dan takdir, bukan atas kredit atau kredibiliti sebagai seorang pemimpin.

Sekiranya Fauzi dengan gelaran hujungnya ‘ayam’ dan Abdullah dengan panggilan manjanya ‘Dolah Wong’ maka pastinya analisis Harakahdaily menjadi lebih hebat kerana kedua-duanya mempunyai kelemahan dan boleh dipergunakan untuk kepentingan Pas.

Inilah kebijaksanaan Dato’ Pa. Beliau amat teliti malah sanggup mengambil langkah yang amat berani apabila tidak memberikan tempat kepada BN 13Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas sedangkan semua tahu beliau mempunyai pengaruh yang amat besar di Pasir Mas dan potensi yang amat besar untuk buat ‘kucar’. Ada hikmah disebalik tindakan tersebut. Perlu diingat Dato’ Pa bukan seorang yang bodoh.

Apa yang pasti BN Kelantan lebih bersedia dari Pas. Kemenangan moral yang pertama untuk BN sejak tahun 1990. Organisasinya lebih tersusun di bawah Dato’ Pa.

Lupakan saja tentang kemenangan moral atau Adi Jagat kerana apa yang berlaku di sebarang lebih buruk dan busuk. Lihat pada blog pendokong setia Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mohd. Sayuti Omar atau MSO. Ini bukan orang BN kata, orang Pas sendiri kata. Jangan pula paskata UMNO buat fitnah.

Sejak awal April pelbagai cerita mengenai calon Pas keluar. Pas kucar kacir, tidak seperti dahulu lagi. Pas tidak lagi tersusun dengan ahli serta pemimpinnya yang berdisiplin tinggi.

Semua mahu jadi calon. Kata Sayuti, berbondong-bondong pemimpin Pas berkejar ke JKR 10 dua hari lepas. Ada yang namanya dalam senarai dan ada yang tidak, semuanya mahu mengambil borang menjadi calon Pas.

Pada masa yang sama juga, individu-individu ini juga di suruh ke Kedai Gambar Mido untuk ‘pukul’ gambar poster. Pelik bukan, watikah belum keluar tetapi sudah bekejar-kejar untuk mengisi borang dan ‘pukul’ gambar poster.

Perangai Pas sudah berubah. Tarbiyah mereka sudah longgar. Pas hari ini sudah berbeza dari Pas dahulu. Roh perut mendahului perjuangan. Siapa yang tidak mahu, asal ustaz kampung selepas menjadi YB rumah besar dan garaj kereta pun besar juga.

Sembelih menyembelih dalam Pas lebih hebat. Husam Musa dan Siti Zailah sudah menjadi korban. Takiyuddin sedang menunggu masa. Zulkifli Mamat syahid di Jeli. Marzuk dan Zayadi di Bachok tidak selesai lagi.

Pasir Puteh ‘gocoh’ dalam Pas juga sama hebat. Kem Dr Nik Mazian dan Mohamad Hussin berkerat rotan. Ingat kembali pejabat Dr. Nik Mazian dibakar selepas menumbangkan Mohamad Husin dalam pemilihan YDP Pas Kawasan Pasir Puteh.

‘Kucar’ dalam Pas lebih teruk. Nampak sangat tiada arah. Kalau rakyat masih pilih maka jahanamlah negeri ini. Tugas kita untuk menyekat parasit dari Pas untuk terus merosakkan negeri yang indah ini. Boo la wei….

Tags:

Categories: Editorial

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: