BN Pemangkin Pembangunan Pertanian Dan Perikanan

Slug - Cikgu Awi BN Bantu Petani n NelayanOleh HANA MARYAM

PASIR PUTEH – Kemenangan Barisan Nasional (BN) Kelantan penting sebagai pemangkin kepada pembangunan sektor pertanian dan perikanan negeri ini setelah tiada sebarang perubahan dilakukan oleh kerajaan negeri pimpinan Pas sejak lebih 23 tahun mentadbir negeri ini, kata Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Zawawi berkata, sehingga kini kerajaan pusat pimpinan BN telah banyak membantu golongan petani dan nelayan dengan pelbagai insentif bagi memajukan kedua-dua sektor terbabit serta mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.

“Antara insentif yang disalurkan kerajaan pusat ialah elaun sara hidup bulanan sebanyak RM200 sebulan nelayan terus dibela dengan pembelian minyak petrol dan diesel bersubsidi, bantuan bot, enjin dan pukat.

“Mereka dibimbing sehingga mampu berdikari, sebahagiannya tampil sebagai usahawan keropok yang berjaya dan inilah jasa keperihatinan kerajaan BN yang perlu menjadi ingatan nelayan untuk membantu memberi kemenangan dalam PRU-13 nanti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan 10 unit kerusi roda kepada 10 Pusat Daerah Mengundi DUN Semerak, di sini.

Kerusi roda terbabit diagihkan di setiap PDM bagi memudahkan jentera pilihan raya mengurus warga tua dan pengundi yang uzur menunaikan tanggungjawab mereka mengundi pada PRU-13 Mei nanti.

Beliau yang dicalonkan mewakili BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 berkata, semua pembelaan termasuk elaun sara hidup bulanan nelayan dan lain-lain subsidi pertanian yang disalurkan kerajaan pusat tidak akan diteruskan oleh pembangkang sekiranya mereka berjaya merampas teraju pentadbiran negara.

Katanya, kerajaan pusat pimpinan BN menilai pelbagai aspek dalam membantu rakyat secara telus termasuk usaha membina rumah secara percuma, membaik pulih serta membaiki kerosakan rumah kerana sedar akan keperluan hidup rakyat.

“Sebagai rakyat kita perlu bijak menilai keupayaan parti politik yang akan meneruskan kepimpinan negara dan negeri. Kecemerlangan perkhidmatan yang diberikan sebelum ini perlu diberi penilaian yang sewajarnya,” katanya.

Zawawi yang juga Pengerusi Pembangunan Pertanian Persekutuan Parlimen (MPPP) Pasir Puteh berkata, pertengahan Februari lalu, seramai 860 petani menerima bantuan wang tunai berjumlah RM1.146 juta yang disampaikan secara berkelompok kepada pesawah yang menanggung kerugian akibat kemusnahan tanaman yang diusahakan sepanjang 2012.

“Agihan ini disalurkan secara telus dan adil tanpa mengira fahaman politik kepada pesawah dari seluruh kawasan menerusi peruntukan bantuan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Kebanyakan mereka menerima bantuan di antara RM280 hingga RM16,000 bergantung kepada keluasan tanaman padi yang musnah,” katanya.

Tags: , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: