Jangan Kena Tipu Lagi, Najib Ingatkan Rakyat Selangor

imageSHAH ALAM – Cukuplah sekali terpedaya dengan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor, demikian nasihat Pengarah Pilihan Raya BN negeri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Rakyat Selangor kena menunjukkan sikap kalau sekali sudah kena tipu, jangan kena tipu sekali lagi.

“Kalau ditipu sekali boleh dimaafkan, kalau dua kali kena tipu kita harus tanya, mungkin kepala kita ini yang tidak betul,” kata Najib ketika menyampaikan ucapan sempena majlis pelancaran manifesto atau dikenali akujanji BN Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini malam ini.

Menurut Najib, sebagai manusia yang beringat dan berfikir malah melihat sendiri pentadbiran PR di negeri ini, rakyat Selangor harus memilih untuk menyokong BN yang diperakui kemampuannya mentadbir negara.

“Dua kali kena tipu, manusia patut lebih cerdik daripada itu. Jangan kena tipu dua kali,” tegasnya lagi.

Najib, yang juga Perdana Menteri berkata, “enough is enough. Lima tahun sudah cukup untuk kita buat penilaian. Lima tahun sudah membuktikan kegagalan Pakatan Rakyat di Selangor ini.”

Menyenaraikan kegagalan PR di Selangor seperti kegagalan menyalurkan elaun khas untuk ibu tunggal, masalah pembuangan sampah tidak efisyen, masalah kecurian pasir yang bermaharajalela, Najib berjanji, kerajaan BN Selangor di bawah kepimpinannya mampu melakukan yang lebih baik daripada kerajaan pada hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap barisan calon BN Selangor di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dibariskannya diberi sokongan padu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

“Inilah rakan-rakan kita yang telah saya pilih, pasukan transformasi negeri Selangor. Inilah pasukan yang mampu menunaikan 56 akujanji kepada rakyat Selangor,” ujar Najib.

“Kalau percaya kepada saya ketua Barisan Nasional, maka berilah sokongan kepada pasukan saya. Pasukan Barisan Nasional peringkat Selangor,” tambahnya lagi.

Beliau kemudian mengingatkan calon-calon BN agar menggunakan sepenuhnya tempoh berkempen bermula Sabtu ini untuk mendekati rakyat Selangor dengan rasa rendah hati.

“Kita sudah pelajari daripada kesilapan kita yang lalu. Saya sudah minta maaf atas kesilapan kita dan kita semua berazam untuk melakukan yang terbaifk dengan semangat kekitaan kita, semangat Barisan 1Malaysia, semangat BN yang berkongsi kuasa antara satu sama lain…,” ujar Najib penuh semangat. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: