NIk Aziz Disaran Bersara

Wan Ismail Wan AhmadOleh AMIRUL HAFIZ

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, disaran bersara dari dunia politik bagi memberi peluang kepada generasi baru yang lebih berwibawa untuk menanggung mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum – 13 (PRU – 13).

Saranan itu dibuat bekas setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berdasarkan faktor usia dan kesihatan Nik Abdul Aziz yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

“Keadaan Nik Aziz sekarang tidak memungkinkan beliau dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab secara efisyen sekiranya masih diberi amanah.

“Jadi inilah masa yang paling sesuai untuk Nik Abdul Aziz bersara dan memberi laluan kepada muka baru. Kelantan tidak tandus dengan calon-calon yang lebih berwibawa untuk menggantikan Nik Aziz,” katanya ditemui di sini.

Nik Abdul Aziz ketika menghadiri siri ceramahnya di Johor Bharu baru-baru ini, dilaporkan terpaksa didukung sejauh 100 meter dari tapak ceramah ke Masjid Jamek Parit Besar, Patu Pahat, kerana keletihan berikutan program beliau yang terlalu padat sempena PRU-13.

Sebelum ini, Nik Abdul Aziz yang telah mencecah usia 82 tahun itu sering mengalami masalah kesihatan dan kerap kali dimasukkan ke hospital.

Susulan itu, banyak pihak meminta beliau berundur daripada terus terlibat dalam arena politik, namun Nik Abdul Aziz tidak mengendahkan permintaan tersebut sebaliknya berkeras akan terus bertanding dalam PRU-13 kerana berpendapat ahli-ahli Pas masih memerlukan khidmatnya.

Mengulas lanjut Wan Ismail berkata, Nik Abdul Aziz yang telah memegang jawatan Menteri Besar selama kira-kira 23 tahun, bukan seorang pemimpin yang berjuang untuk rakyat tetapi seorang ahli politik yang berjuang bagi mengejar kuasa.

“Kalau dia betul-betul berjuang untuk rakyat, apa yang dia buat sepanjang pemerintahannya selama lebih 20 tahun, sedangkan perkara asas yang menjadi isu utama rakyat negeri ini tidak pernah selesai terutamanya masalah air dan rumah mampu milik,” katanya.

Dalam pada itu, menyentuh isu video lucah membabitkan individu mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, beliau berkata, sekiranya video tersebut adalah satu fitnah, Mustafa wajar menafikan perkara itu dengan bersumpah mengikut kaedah syarak.

“Sekiranya dia (Mustafa) enggan berbuat demikian, Pas mesti bertindak tegas dengan melakukan siasatan rapi ke atasnya, sementara itu dia perlu digantung jawatan. Pas tidak boleh menafikan perkara itu dengan hanya mendakwa ia satu fitnah pihak musuh mahu memburuk-burukkan parti itu.

“Tapi kalau sebaliknya, Mustafa wajib letak jawatan. Kelakuan buruk ini bukan hanya berkaitan dengan moral individu tetapi imej parti itu sendiri,” katanya.

Tags: , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: