Tiada Manifesto Bukti Pas Lemah

Slug - Manifesto

Oleh HANA MARYAM

BACHOK – Tindakan Pas tidak mengeluarkan manifesto baru bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) biarpun senarai calon telah diumumkan menunjukkan kelemahan parti itu ekoran kegagalan menunaikan janji yang telah dibuat pada pilihan raya raya umum lalu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, tindakan itu menunjukkan Pas mengakui dakwaan parti terbabit gagal melunaskan dan menunaikan janji kepada rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, kemungkinan besar Pas tidak lagi memerlukan manifesto baru kerana bimbang ia akan dipertikaikan rakyat di negeri ini.

“Kemungkinan Pas malu untuk mengeluarkan manifesto baru memandangkan yang lama yang dijanjikan juga gagal dibuat.

“Sekiranya manifesto baru dikeluarkan, rakyat pasti akan mempersoalkan janji pada manifesto lama masih belum dilaksanakan. Jadi amat sukar untuk Pas mengeluarkan manifesto baru kerana janji lama tidak tertunai.

“Jika mereka bertindak mengeluarkan manifesto baru, rakyat pasti akan tertanya- tanya manifesto lama yang masih disimpan,” katanya kepada media ketika ditemui selepas majlis perjumpaan calon P025 bersama ketua Pusat Daerah Mengundi, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung Persekutuan dan Ketua Cawangan di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Bachok di sini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, tindakan Pas itu juga mungkin disebabkan parti itu berada di dalam dilema mengenai janji baru yang perlu dibuat sekiranya manifesto baru dilancarkan.

“Kalau yang lama tak ditunaikan macamana yang baru nak dibuat. Mungkin itulah dilema yang membelenggu pimpinan Pas. Sebab itulah sehingga ke hari ini mereka masih belum melancarkan manifesto baru untuk rakyat Kelantan.

“Mungkin mereka tak ada niat nak buat manifesto pun sebab mereka tak akan tunaikannya. Berbeza dengan Barisan Nasional (BN), Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak umumkan manifesto secara menyeluruh.

“BN Kelantan pula membuat tambahan spesifik yang lebih dekat untuk kepentingan rakyat Kelantan. Kita bukan manifesto main- main sebab itu kita namakan akujanji,” katanya.

Sehubungan itu katanya, rakyat perlu sedar sekiranya tiada manifesto baru apa jaminan yang mampu diberikan Pas Kelantan.

Tags: , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: