Zahid: Jangan Ambil Tindakan Rugikan Parti Jika Tidak Tercalon

imageBAGAN DATOH – Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan pemimpin dan anggota Barisan Nasional (BN) yang tidak terpilih sebagai calon pilihan raya umum ke-13 supaya tidak mengambil sebarang tindakan yang akan merugikan parti.

Katanya adalah mustahil untuk pucuk pimpinan parti memenuhi kehendak semua pihak yang berminat untuk menjadi calon kerana kerusi yang dipertandingkan adalah terhad.

“Secara peribadi saya turut bersimpati dengan rakan-rakan yang tidak terpilih sebagai calon walaupun kita merasakan diri kita layak untuk bertanding berdasarkan kepada sokongan yang diperoleh,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skuad Gerak Gempur Motorsikal Pemuda BN Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.

Beliau berharap mereka yang tidak terpilih sebagai calon tidak merajuk sehingga menutup bilik gerakan, menurunkan bendera dan bahan-bahan promosi BN.

“Kita jangan melakukan tindakan seperti menikam dari belakang atau tidak mahu keluar mengundi kerana ini bukan tindakan yang bijak,” katanya.

“Ini akan merugikan parti kita sendiri dan saya harap bila keadaan reda atau sejuk tidak ada tindakan memboikot oleh mereka yang kecewa kerana tidak dicalonkan,” katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: