Jaminan SPR DAP Boleh Guna Lambang Parti

m_wan_ahmadSHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan kepada DAP layak menggunakan lambangnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) walaupun tidak dikeluarkan keputusan secara bertulis, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi dan penjawat tertinggi SPR adalah rasmi dan boleh diterima pakai.

Beliau berkata, SPR tidak pernah mengamalkan untuk mengeluarkan surat  mengesahkan mana-mana parti atau calon khususnya DAP layak menggunakan lambang parti seperti pilihan raya sebelum ini.

“Mereka nak apa lagi, kita sudah kata mereka boleh guna lambang mereka. Ini adalah jaminan kita.

“Esok mereka datang awal, serah borang penamaan calon dan bawa sekali surat kebenaran daripada pemimpin tertinggi mereka untuk guna lambang DAP.

“Kita benarkan, kita akan proses, kita juga telah cakap perkara berkaitan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu perkara lain, kita bagi jaminan mereka boleh guna lambang mereka,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

RoS tidak mengiktiraf ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dilantik dalam pemilihan pada 15 Disember lalu ekoran pertikaian yang berlaku selagi siasatan masih berjalan.

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan DAP layak menggunakan lambangnya pada pilihan raya umum kali ini.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga berkata, pemimpin setiap parti politik perlu menaruh keyakinan dan kepercayaan ke atas SPR.

Katanya, SPR tidak akan melakukan sesuatu yang bukan menjadi amalan dan bukan diperuntukkan oleh undang-undang.

“Kita tak akan buat benda yang tak pernah dibuat, tak ada kehendak dalam undang-undang. Mereka (pemimimpin parti politik) kena percaya dan yakin pada kita,” katanya lagi.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: