BN Persoal Kerajaan Kelantan Rancang Bina Rumah Rakyat Selepas 23 Tahun

Datuk Fatmi Che SallehOleh HANA MARYAM

KOTA BHARU – Barisan Nasional (BN) mempersoalkan hasrat kerajaan negeri Kelantan yang hendak membina perumahan kos sederhana untuk rakyat dengan kos RM160,000 seunit yang dijual pada harga RM70,000 dengan subsidi RM90,000selepas pemerintahan di bawah pimpinan PAS selama 23 tahun,kata calon Parlimen BN-Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

“Kenapa baru sekarang nak buat? Adakah mereka baru jadi kerajaan, berapa lama dah jadi kerajaan. Kalau betul-betul ini kerajaan yang prihatin untuk kesejahteraan rakyat, sepatutnya di awal pemerintahan lagi mereka sudah membangunkan perumahan untuk rakyat,” katanyapada sidang media sempena Majlis Guru Cakna Rakyat Bersama Pemimpin dan Masyarakat di Dewan Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail Petra 4 di sini.

Pengumuman mengenai projek perumahan rakyat yang membabitkan 400 unit di sini oleh kerajaan negeri dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan pada ceramahnya di Kampung Baru, Wakaf Mek Zainab dekat sini.

Menurut Mohd Fatmi, kerajaan BN mampu membina satuperumahan pangsa di Kelantan selepas tiga tahun mengambil alih Kelantan pada tahun 1978.

“BN ambil alih Kelantan tahun 1978 dan pada tahun 1981 rumah pangsa tersebut telah diap. Siap dalam masa tiga tahun, bukannya (baru) mulakan pembinaan. Sudah pun siap untuk diduduki. Ini contoh Barisan Nasional,” katanya.

Beliau menambah, jika Pas mengambil tampuk pemerintahan pada 1990, yang baru sekarang mahu merancang untuk membina perumahan dan bukannya siap untuk diduduki oleh rakyat.

“Maknanya kalau tiga tahun lagi (tempoh pembinaan), sudah jadi 26 tahun pemerintahan (PAS) barulah rakyat dapat rasa.Ini tidak patut. Oleh itu, saya seru rakyat tukar kerajaan Kelantan kepada Barisan Nasional,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Mac lalu mengumumkan untuk membina 1,000 unit rumah rakyat di sini.

Pengumuman Najib yang juga Pengerusi BN itu melibatkan kos RM160,000 seunit, yang akan dijual pada harga hanya RM35,000 dengan subsidi RM125,000.

Tags: , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: