BN Transfomasi Bidang Pertanian Bantu Golongan Miskin

Slug Jazlan Pasir TaniOleh HANA MARYAM

MACHANG –Bagi menghargai jasa golongan petani, Barisan Nasional (BN) telah memperkenalkan program transformasi dalam usaha membantu meningkatkan sektor pertanian di samping mengurangkan beban perbelanjaan harian orang ramai.

Ketua UMNO Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub berkata, tindakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) memperkenalkan pasar tani berpuluh tahun lalu menjadi platform bagi petani memasarkan sendiri produk mereka.

“Dengan cara ini petani dapat memasarkan sendiri produk mereka tanpa menggunakan khidmat orang tengah dan masyarakat boleh mendapatkan barangan yang lebih segar pada harga yang lebih rendah. Langkah kerajaan ini membuka peluang kepada petani untuk meningkatkan pendapatan,” katanya selepas merasmikan majlis pelancaran Pasar Tani Mega Machang imej baru, di sini.

Jazlan yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen berkata, peniaga di pasar-pasar utama tidak perlu gusar atau tergugat dengan kewujudan pasar tani sebaliknya mengambil peluang tersebut bagi membina hubungan baik dengan golongan petani bagi mengukuhkan perniagaan masing-masing.

“Sebahagian besar produk yang dijual di pasar tani diusahakan petani tempatan yang mana kita boleh percayai keselamatannya dari segi penggunaan bahan kimia dan sebagainya berbanding produk import.

“Pada masa yang sama, ia mampu membangunkan golongan petani tempatan seterusnya membantu mereka mengubah ekonomi keluarga,” katanya.

Pada majlis yang sama, seramai lima usahawan Fama menerima motosikal roda tiga bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan masing-masing.

Imej baru tersebut bertujuan memastikan pasar tani terus menjadi pilihan kepada pengguna untuk membeli pelbagai jenis barangan tanpa rasa jemu.

Katanya, ia dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara bagi menarik lebih ramai pengguna ke pasar tani.

“Terdapat 30 buah pasar tanidi Kelantan yang melibatkan 1,707 peserta dan jumlah ini bertambah setiap tahun bergantung kepada perkembangan dan sambutan orang ramai.

“Pasar tani Machang pula mula beroperasi sejak 1989 dan mempunyai seramai 143 orang peserta. Pelbagai aktiviti dan kemudahan yang disediakan kepada peserta pasar tani bagi bagi membantu mereka meningkatkan pendapatan,” katanya.

Tags: , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: