Dilema Pas, Antara Agama Dan Putrajaya

Agama Perpaduan

AMIRUL HAFIZ

KOTA BHARU – Kegagalan Pas menangani beberapa isu membabitkan agama Islam kebelakangan ini membuktikan parti itu sebenarnya lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding agama.

Tindak-tanduk pimpinan tertinggi parti itu jelas mencerminkan betapa keghairahan mereka ingin menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum kali ini sehingga sanggup memperjudikan prinsip parti kepada sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pas mengambil pendekatan itu kerana sedar bahawa mereka tidak mampu menawan Putrajaya tanpa bantuan PKR dan DAP, lalu terpaksa menuntutnya mengorbankan perjuangan mempertahankan Islam seperti diuar-uar sebelum ini.

“Selain itu, kebergantungan Pas terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menjadi sebab parti itu tidak mampu menyuarakan pendirian sebenar mereka kerana bimbang bakal menjejaskan persiapan pakatan pembangkang menjelang pilihan raya umum nanti.

“Sebab itu, dalam beberapa isu membabitkan agama Islam, majlis pemimpin tertinggi Pas gagal menjelaskan pendirian tegas mereka, seperti dalam isu kalimah Allah, kerana khuatir akan memberi kesan kepada sokongan rakyat terhadap parti.

Menurut pengasas pondok Geting Tumpat, Abdullah Sa’amah, Pas kini berada dalam keadaan tersepit, dilanda dilema antara cita-cita atau mempertahankan agama.

“Apa yang nyata sehingga ke hari ini pemimpin Pas masih sanggup meneruskan kerjasama dengan PKR dan DAP biarpun kedua-dua parti itu telah bertegas dengan pendirian kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain.

Walhal, pendirian tersebut tidak selari dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang tidak membenarkan kalimah suci itu diguna pakai oleh bukan Islam,” katanya.

Tags: , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: