Jangan Jadi Mangsa Penipuan Pas

datuk-mohd-fared-abdul-ghani

Oleh AMIRUL HAFIZ

KOTA BHARU – Suatu ketika Pas pernah bertindak tegas menentang amalan budaya kronisme dan nepotisme yang wujud di dalam parti atau politik kerana ia bercanggah dengan konsep keadilan.

Tindakan itu sememangnya telah membuka mata orang ramai bahawa ramai manusia yang bergiat di dalam politik hanya semata-mata untuk mencari keuntungan peribadi termasuklah keluarga.

Tindakan tegas Pas dalam menentang budaya tersebut sememangnya mendapat perhatian umum, bahkan secara tidak langsung pada masa itu juga boleh dikatakan Pas mula mendapat pengaruh sokongan berlipat ganda.

Namun, sedar atau tidak mutakhir ini bahawa penyokong Pas tersebut akhirnya tertipu dengan permainan politik parti itu apabila budaya berkenaan yang pernah ditentangnya selama ini kini terbina di dalam parti itu menjelang Pilihan Raya Umum – 13 (PRU – 13) ini.

Justeru, barangkali tidak salah jika dikatakan bahawa Pas juga kini adalah parti anak beranak sebagaimana Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Menurut bekas aktivis Pas Kelantan, Datuk Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani, budaya kronisme dan nepotisme di dalam Pas itu membuktikan bahawa antara Pas, DAP dan PKR sebenarnya tidak mempunyai apa-apa perbezaan.

“PKR dan DAP sudah lama mengamalkan budaya ini kronisme dan nepotisme. Dalam DAP, penasihatnya adalah Lim Kit Siang yang juga selaku ahli parlimen. Anaknya, Lim Guan Eng bukan sahaja menjadi Ketua Menteri malah turut memegang jawatan penting di dalam parti.

“Tidak cukup dengan itu, menantu Kit Siang yang juga merupakan isteri Guan Eng juga menjadi wakil rakyat. Pengerusi DAP, Karpal Singh juga turut mempertaruhkan anaknya yang menjadi wakil rakyat,” katanya.

Tambahnya, di dalam PKR pula penasihatnya terdiri dari Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga merupakan seorang ahli parlimen, anaknya Nurul Izzah juga ahli parlimen dan isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi presiden parti.

“Sekarang budaya itu telah berjangkit kepada Pas apabila anak Mursyidul Amnya, Nik Abduh diangkat sebagai calon pada pilihan raya kali ini. Sebelum ini beliau juga turut memegang jawatan penting di dalam pemuda parti itu,” katanya.

Lewat perkembangan tersebut, adalah jelas bahawa Pas kini tidak terkecuali dari label sebagai parti anak beranak.

Lalu, sekiranya rakyat masih ingin memberi mandat kepada parti itu pada PRU – 13 ini bermakna, kita sengaja menempah untuk menjadi mangsa penipuan politik anak beranaknya.

Tags: , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: