Ku Li Terus Berjuang Pertahan BN

imageOleh HANA MARYAM

GUA MUSANG – Biarpun pelbagai spekulasi yang timbul mengenai dirinya, namun pemimpin berdarah raja, Tengku Razaleigh Hamzah tetap dengan pendiriannya untuk berjuang dan mempertahankan Barisan Nasional (BN) semata-mata untuk memastikan nasib rakyat terbela.

Malah Ketua UMNO Bahagian Gua Musang ini, menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang disebarkan pembangkang terutama Pas yang beliau kononnya akan menyertai pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.

Tengku Razaleigh menegaskan, beliau tidak pernah sesekali menyimpan hasrat untuk menyertai pembangkang terutama Pas.

“Saya ingin tegaskan di sini akan tetap bersama UMNO dan BN sepanjang masa kerana parti itu sudah sebati dalam hidup saya. Perjuangan saya dalam parti ini bukan baru, malah sejak saya muda lagi sampai ke tua hari ini masih tetap bersama UMNO.

“Niat saya berjuang dalam UMNO dan BN adalah ikhlas untuk membelanasib hidup rakyat tanpa mengejar jawatan. Saya menerima untuk dicalonkan semula bertanding kerusi BN Parlimen Gua Musang kerana saya masih mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat serta keadaan diri saya masih sihat,” katanya pada satu Majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Wangi di sini.

Calon Parlimen Gua Musang itu juga turut menjangkakan yang positif terhadap tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Gua Musang iaitu Galas, Paloh dan Nenggiri untuk membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

“Saya akan bertemu dengan rakyat berdasarkan pemahaman dan keperluan. Saya mempunyai jentera parti BN yang kuat dalam bersama-sama mengadakan kempen pada pilihan raya. Orang-orang saya (jentera parti) akan turut sama menyertai merekadalam memperlihat kekuatan sepasukan bagi memenangi hati pengundi sekali gus membantu menyumbang kepada kemenangan BN,” katanya.

Katanya rakyat di kawasan itu juga masih memberi sokongan kuat kepadanya untuk terus memenangi kerusi Parlimen Gua Musang pada pilihan raya umum ini dan berjanji akan memberi khidmat lebih terbaik bagi kemajuan rakyat.

Tengku Razaleigh menewaskan Zulkefli Mohamed dari parti PAS dengan majoriti 4,394 undi pada pilihan raya umum 2008.

Tags: , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: