Pergolakan Pas Beri Peluang Cerah Kepada BN

Slug BN Pasir Puteh Yakin Tawan Semua KerusiOleh HANA MARYAM

PASIR PUTEH –Kegagalan Wakil Rakyat Pas menjalankan amanah yang diberikan rakyat selama ini memberikan peluang cerah kepada Barisan Nasional Pasir Puteh untuk menawan empat kerusi Dewan Undangan Negeri dan satu parlimen di sini.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman yakin akan dapat menawan satu kerusi Parlimen dan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) berasaskan factor dalaman calon dan pergolakan yang berlaku dalam Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei Depan.

Beliau berkata, keputusan bekas pengarah pilihanraya DUN Semerak, Shukri Mohamad, untuk bersama UMNO membuktikan Pas mempunyai masalah dalaman yang semakin sukar dibendung.

Zawawi yang turut bertanding di DUN Semerak berkata, Shukri tidak berpuas dengan pemimpin Pas di kawasan yang terbabit terutama mengenai isu rampasan tanah orang miskin dan skandal sex.

“Malah bukan hanya Shukri, Setiausaha Pas Cawangan Danan, Ibrahim Ismail juga telah mengistiharkan akan bertanding atas tiket calon bebas.

“Sama seperti Shukri, Ibrahim tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan Pas yang memilih peyandang DUN itu, Saiful Bahri Mohamad juga terbabit dengan skandal sex “kereta api” yang tidak disenangi anggota-anggota Pas di akar umbi sendiri,” katanya kepada pemberita selepas memperkenalkan calon-calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di dewanSekolah Menengah Tok Janggut di sini, hari ini.

Difahamkan, Shukri juga telah turut serta berceramah di pentas BN bagi membantu mencapai kemenangan pada PRU13 nanti.

Calon-calon itu ialah Parlimen, Tuan Mustaffa Tuan Mat, Selising; Zulkifli Ali, Limbongan; Mohd Rujhan Salleh, Semerak; Zawawi Othman dan Gaal; Redzuan Stapha.

Mengulas mengenai calon Parlimen Pas yang juga bekas wakil rakyat DUN Gaal, Zawawi
berkata, Tuan Mustaffa, terpaksa bertarung kali kedua dengan calon Pas Nik Mazian Nik Muhammad manakala kali pertama kedua-duanya bertanding merebut DUN Gaal pada PRU-KE 12 lepas yang dimenangi Nik Mazian dengan majoriti tipis iaitu lebih 40 undi.

Bagaimanapun Zawawi berkata, keadaan sekarang jauh berubah apabila NikMazian gagal membawa apa-apa perubahan di DUN berkenaan walaupun diberi peluang empat penggal pilihan raya.

Tags: , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: