Fitnah Keluar UMNO, Khazuni Tuntut Pas Mohon Maaf

Khazuni

Oleh HANA MARYAM

KOTA BHARU – Bekas calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12), Datin Khazuni Othman menuntut seorang pemimpin Pas membuat perhomonan maaf ekoran memfitnah beliau yang kononnya keluar UMNO.

Khazuni yang menafikan kenyataan itu berkata, beliau tetap dengan UMNO dan tidak mungkin menyertai parti itu.

“”Jiwa saya adalah jiwa Umno dan darah yang mengalir di badan saya ini juga adalah darah Umno. Saya tidak akan sekali-kali keluar daripada Umno dan menyertai Pas. Tindakan seorang pemimpin Pas yang mengumumkan sayaakan menyertai Pas semasa berucap sebelum perarakan calon bagi penamaan calon kerusi Parlimen Kota Bharu, adalah fitnah.

“Saya dengan ini meminta pemimpin PAS itu memohon maaf kepada saya berhubung fitnah itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Pada PRU12, Khazuni kalah kepada calon PAS, Rohani Ibrahim di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Mas.

Khazuni yang kini tidak lagi aktif berpolitik dan menumpukan kepada perniagaan berkata, tuduhan pemimpin PAS itu adalah bersifat fitnah dan akan menjelaskan perkara sebenar kepada Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Tags: , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: