Mustapa Ketuai Cabaran BN Kelantan

Tok Pa

KOTA BHARU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengetuai pasukan transformasi BN Kelantan pada
pilihan raya umum ke-13 (PRU13), berdepan dua musuh tradisi, masing-masing di kerusi Parlimen Jeli dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas.

Mustapa yang mempertahankan kerusi Parlimen Jeli, yang disandangnya sejak 2004, akan berdepan calon PAS, Mohd Apandi Mohamad manakala di kerusi DUN Air Lanas, beliau akan ditentang seorang lagi calon PAS, Abdullah Ya’kub.

Pada pilihan raya umum 1995, Mustapa memenangi kerusi Parlimen Jeli menewaskan Zianon Abidin Ali (S46) sebelum kalah kepada Mohd Apandi pada pilihan raya umum 1999.

Mustapa kembali memenangi kerusi Parlimen Jeli pada 2004 dengan majoriti 7,353 undi dan terus mempertahankan kerusi parlimen itu pada 2008 dengan majoriti 4,436 undi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu akan mencabar Abdullah di kerusi DUN Air Lanas yang pernah dimenanginya pada pilihan raya umum 2004 dengan majoriti 799 undi.

Ketika ditemui pemberita, Mustapa meminta rakyat negeri ini memberi mandat kepada BN agar barisan kepimpinan parti itu dapat memberi khidmat yang terbaik kepada mereka yang terpinggir sejak PAS memerintah pada 1990.

“Lihat pengalaman dan ketokohan kami untuk memimpin Kelantan yang perlu dimajukan dalam pelbagai bidang,” katanya.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mempertahankan kerusi DUN Chempaka berdepan muka baharu dari BN Wan Razman Wan Abdul Razak yang juga pentadbir DUN Cempaka.

Pada pilihan raya umum lepas, Nik Aziz, 82, menang dengan majoriti 4,249 undi, menewaskan Nik Mohd Zain Omar (BN).

Ketika ditemui pemberita, Nik Abdul Aziz mengingatkan rakyat supaya bertenang dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan sepanjang kempen PRU13.

Pertembungan satu lawan satu juga akan menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah mempertahankan kerusi parlimen Gua Musang berdepan calon PAS Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah manakala Ketua Umno Ketereh Tan Sri Annuar Musa akan berdepan calon PAS, Ab Aziz Ab Kadir daripada PKR di kerusi Parlimen Ketereh.

Pertembungan tiga penjuru di Parlimen Kota Baharu menyaksikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berdepan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS) dan calon Bebas, Mohd Zakiman Abu Bakar.

Dalam perkembangan mengejutkan, calon BN di kerusi Parlimen Pasir Mas Che Johan Che Pa tidak menyerahkan borang pencalonannya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Gahazali Mohamed, menjadikan pertembungan satu lawan satu antara penyandang kerusi itu Datuk Ibrahim Ali mewakili Bebas dan Nik Abduh Nik Aziz (PAS).

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Husin juga akan bertarung satu lawan satu berdepan calon PAS, Ahmad Marzuk Shaary bagi kerusi Parlimen Bachok.

Di Kelantan, BN bertanding di semua 14 kerusi Parlimen dan 45 DUN, PAS (11 Parlimen dan 40 DUN), PKR (3 Parlimen dan 5 DUN).

Pertanding

Tags: , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: