Mustapa Teknokrat Politik Yang Bakal Bawa Perubahan Besar Ke Kelantan

Datuk Hassan Harun

Oleh RAITINI RAHMAN

KOTA BHARU – Keputusan Barisan Nasional Kelantan memberikan laluan dua kerusi kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilihat satu tindakan yang positif dalam usaha membawa perubahan terutama dalam bidang pembangunan dengan konsep ‘greater’ ke negeri ini.

Tokoh Veteran UMNO, Datuk Hassan Harun berkata, rakyat Kelantan seharusnya bangga memiliki seorang pemimpin yang berlatar belakangkan teknokrat dan mempunyai asas politik yang cukup bagus untuk mentadbir negeri ini.

Beliau berkata, keupayaan Mustapa yang juga Pengerusi Barisan Nasional Kelantan tidak perlu dipertikaikan lagi ditambah pula dengan pengalaman yang dimiliki, beliau yakin satu perubahan besar akan dibawa Mustapa sekiranya rakyat memberikan mandat kepada BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei nanti.

“Rakyat Kelantan perlu bangga dengan Mustapa. Beliau merupakan seorang teknokrat yang berwibawa dan keupayaan beliau tidak ada tandingan. Baik dari segi pendidikan mahupun pengalaman kerja.

“Beliau merupakan antara anak Melayu yang memiliki Ijazah Kelas Pertama di Melbourne University dan pernah bekerja dengan pemimpin yang hebat seperti Tun Daim Zainuddin. Pengalaman beliau sebagai menteri di beberapa buah kementerian sudah pasti memberikan kelebihan yang besar buat beliau untuk membawa perubahan kepada negeri Kelantan,” katanya ekpada DetikPerubahan.com di sini.

Hassan berkata, dengan kepakaran dan keupayaan yang dimiliki oleh Mustapa beliau yakin akan muncul Bandar seperti Putrajaya di Kelantan.

“Saya tidak terkejut jika suatu masa nantu kita akan lihat satu kawasan yang akan dibangunkan jika BN memegang tampuk pentadbiran di Kelantan. Jika di Kuala Lumpur kita ada Putrajaya tidak mustahil akan muncul juga Putrajaya di Kelantan iaitu kawasan Bandar Baru Tunjung yang akan dibangunkan dengan pembangunan yang luar biasa.

“Sekiranya itu benar-benar berlaku sudah pasti kawasan sekitar Kota Bharu seperti Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Ketereh dan kawasan berhampiran akan turut merasai pembangunan. Apa yang penting berilah peluang kepada Mustapa untuk merancang pembangunan negeri ini. Saya yakin perubahan besar akan berlaku,” katanya.

Tegas beliau, kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh Mustapa yang memiliki pendedahan yang luas dalam perancangan kerajaan pusat tidak dimiliki oleh pimpinan kerajaan negeri yang sedia ada di Kelantan oleh yang demikian rakyat Kelantan tidak seharusnya menolak pemimpin berjiwa besar ini.

“Kelebihan akan dapat dirasai rakyat Kelantan sekiranya Mustapa diberikan mandat kerana dengan pengalaman yang beliau miliki sudah pasti ianya mampu membawa perubahan dan pembangunan ke negeri ini dengan mudah.

“Beliau seorang bijak merancang dan berpandangan jauh. Saya yakin jika mandat diperolehi masa depan rakyat Kelantan akan berubah dengan masa depan yang lebih baik,” katanya.

Tags: , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Mustapa Teknokrat Politik Yang Bakal Bawa Perubahan Besar Ke Kelantan”

  1. az
    May 2, 2013 at 1:27 am #

    Sebagai anak kelante aku harap bakal MB kita ni dipermudahkan untuk memegang jawatan MB kelantan slps PRU ini. Aku tengok dia layak sangat dan berpengalaman untuk membangun kan kelantan.Aku dok KL jadi tak kisah sebenarnya kalu Kelantan tu dok macam tujeh..Tapi aku kesian tengok adik-adik aku sepupu aku hok tak dok kelusan baik dalam pelajran cari makan alar kadar saje di sana.Hendak jug atengok mereka kerja makan gaji sedap.boleh shoping dan makan-macam spt hok kita makan di Kl ni hujung minggu dengan kuarga kelantan..Aku benar-harap Allah permudahkan beliau untuk mentadbir Kelantan..Pok nik dan orang PAS boleh lah berihat–lamo doh wat kerja parti ni…bagi lah orang lain pulak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: