Pas Bukan Tuhan

Pas Bukan Tuhan 1

 

Oleh AMIRUL HAFIZ

KOTA BHARU – Selain mencetuskan persepsi buruk rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai fitnah dan tuduhan, Pas terus memainkan sentimen pengundi dengan isu-isu agama untuk meraih sokongan rakyat dalam memastikan kemenangan parti mereka pada Pilihan Raya Umum – 13 (PRU – 13) ini.

Mereka semakin berani memperdagangkan hukum Allah kononnya undi Pas masuk syurga, UMNO menolak dasar Islam, sembahyang UMNO tidak sah dan sebagainya. Mereka canangkan semua ini kepada rakyat semata-mata kerana politik.

Persoalannya, siapa Pas yang boleh menentu atau menghukum hak mutlak Allah SWT. Inilah satu senario yang harus ditakuti dan disedari masyarakat, apabila ada manusia yang meletakkan dirinya lebih tinggi dari tuhan maka sesenang hati menghukum seseorang dengan kafir, tak masuk syurga atau sebagainya.

Justeru, rakyat diingatkan supaya lebih berhati-hati dengan tindakan Pas yang terus memperalatkan agama seperti ganjaran pahala dan syurga sebagai strategi menarik undi orang Melayu.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, Pas kini dilihat menjadikan golongan warga tua dengan menjalankan kempen dari rumah ke rumah sebagai sasaran mereka.

Beliau berkata, rakyat seharusnya bijak menilai kerana tuduhan mereka hanya Pas yang memperjuangkan Islam dan UMNO pula tidak Islam dan sekular tidak benar sama sekali.

“Pembangunan syiar Islam melalui usaha Kerajaan Pusat tidak pernah terabai, sebaliknya pelbagai peruntukkan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan dalamusaha memperkasakan pembangunan Islam,” katanya.

 

 

Tags: , , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: