Tolak Pas, Ajar DAP

Tolak Pas, Ajar DAP

Oleh AMIRUL HAFIZ

KOTA BHARU – Pengundi Islam perlu menolak Pas kerana mengundi parti itu bermakna memberikan sokongan secara nyata kepada DAP.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, biarpun DAP tidak bertanding di negeri ini tetapi memberi kemenangan kepada Pas juga bererti memberi kemenangan kepada parti tersebut.

Beliau berkata, DAP seharusnya ditolak kerana parti itu menolak hukum hudud dan `tarbiyah’ yang dilakukan oleh Pas tidak memberikan sebarang kesan kepada pemimpin parti itu sehingga kini.

“DAP tetap menunjukkan belangnya dan saya berharap rakyat Kelantan membuat penilaian secara mendalam. Bagi saya kemenangan Pas adalah kemenangan bagi DAP, jika satu undi Pas di negeri Kelantan itu adalah undi DAP untuk seluruh Malaysia.

“Sepertimana saya dan semua tahu DAP amat berpengaruh di Pulau Pinang antaranya adalah kerana Pas menyokong mereka. DAP tidak sekuat mana di Pulau Pinang sekiranya Pas tidak menyokong DAP, itu sebabnya DAP berpengaruh di Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penegasan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tetap menolak hudud meskipun DAP terpaksa menggunakan lambang Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Mustapa berkata, hubungan di antara Pas dan DAP adalah ‘perkahwinan sementara’ semata-mata untuk politik dan bukannya atas dasar memperjuangkan Islam.

“Rakyat Malaysia dan umat Islam tahu hakikat itu. Orang Pas tegar sahaja yang sengaja tidak mahu menerima hakikat bahawa DAP tidak akan mesra Islam, mereka masih lagi bertegas dan masih tidak menerima hudud.

“Semua tahu sehingga kini Pas masih gagal untuk mentarbiyah DAP dan parti itu masih konsisten dengan perjuangannya manakala Pas dasarnya telah terhakis,” kata beliau.

Tags: , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Tolak Pas, Ajar DAP”

  1. nora
    April 26, 2013 at 7:23 pm #

    saya sokong 100 peratus kenyataan ini. . SEpatutnya orang melayu kena sedar hakikat ini. Nasib orang melayu dapat di bela oleh umno jadi undilah BN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: