Pas Didakwa Mahu ‘bunuh’ Kerjaya Politik Husam

imagePUTRAJAYA – Tindakan Pas menempatkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa di Parlimen Putrajaya seolah-olah bakal ‘membunuh’ kerjaya politik beliau.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pucuk pimpinan Pas menghantar Husam ke Putrajaya kerana bimbang beliau akan merampas kerusi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Husam seolah-olah menyerah diri untuk disembelih kerana Putrajaya adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN).

“Saya harapkan pengundi di Putrajaya tentukan kekalahan teruk buat Husam, jangan beri peluang dia untuk merampas tempat kita. Kalau boleh biar dia hilang wang pertaruhan,” katanya ketika Ceramah Umum BN Putrajaya, malam kelmarin.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan turut mempersoalkan tindakan Naib Presiden Pas yang tetap mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Salor, di Kelantan tetapi pada masa sama bertanding merebut kerusi Parlimen Putrajaya.

Menurutnya Husam sebenarnya disisih oleh kepimpinan PAS Kelantan dan diletakkan bertanding di Putrajaya, kawasan yang satu ketika dulu pernah dibayangkan akan dilelong oleh Pas.

“Kita (BN) nak jadi wakil rakyat di sini, nak kerja…orang Putrajaya ni mesti tentukan dia kalah teruk, kalau boleh hilang wang pertaruhan,” katanya.

Pertandingan merebut kerusi Parlimen Putrajaya menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara penyandang, Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Husam.

Muhyiddin seterusnya mengingatkan penduduk Putrajaya yang rata-rata terdiri daripada penjawat awam, mengenai hasrat Pakatan rakyat sebelum ini untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam sekiranya mereka berkuasa.

Menurutnya ia berbeza sama sekali dengan dengan usaha ikhlas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang gigih bekerja keras menjaga kebajikan penjawat awam, malah menjanjikan banyak lagi untuk keselesaan mereka. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: