Menyiarkan Dakwaan Pasukan Polis Undi Awal MiloSuam: PDRM, SPR Buat Aduan

Screen shot 2013-04-26 at 4.51.13 PMKUALA LUMPUR – Dua laporan polis dibuat terhadap laman blog milosuam.blogspot.com kerana menyiarkan dakwaan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan menjalankan undian awal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelmarin.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yusoof berkata, laporan tersebut dibuat oleh seorang pegawai polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tengah hari semalam.

“Laporan yang masing-masing dibuat di ibu negara dan Putrajaya itu adalah bagi meminta polis menjalankan siasatan terhadap pengendali blog berkenaan kerana tindakannya menyiarkan khabar angin berbaur fitnah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau berkata, dakwaan dibuat oleh pemilik blog berkenaan sekali gus telah mencetuskan stigma negatif orang ramai terhadap sistem pilihan raya di negara ini.

Sehubungan itu, Ramli meminta orang ramai agar memahami kaedah dan proses membuang undi sebelum menyiarkan sebarang kenyataan yang tidak jelas.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam seperti membuat, menerbit atau mengedar apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam atau mana-mana golongan awam.

“Polis turut menyiasat kes ini mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Ramli turut menjelaskan bahawa gambar kertas undi yang disiarkan dalam blog tersebut sebenarnya undi pos bukannya undi awal seperti yang didakwa.

Menurutnya, undi pos boleh dijalankan secepat mungkin pada bila-bila masa selepas kertas undi diedarkan tetapi undi awal pula kebiasaannya untuk individu yang terpaksa bertugas pada hari mengundi yang mana tarikh yang ditetapkan SPR ialah 30 April ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam tempoh empat hari sejak penamaan calon sehingga semalam, polis telah menerima 906 laporan dan membuat 25 tangkapan membabitkan kesalahan pilihan raya. – Utusan Malaysia

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: