PRU13: Isu tanah NCR Perkara Asing Bagi Guan Eng – JABU

Lim-Guan-Eng-Kalimah-AllahSIBU: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu berhenti daripada menghasut masyarakat Dayak supaya menentang rancangan kerajaan negeri memajukan tanah Hak Adat Pribumi (NCR) apabila beliau berkunjung ke Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu, berkata ini kerana isu NSR ialah sesuatu yang asing bagi Guan Eng.

“Setiausaha agung DAP itu tidak faham perkara yang berlaku di Sarawak. Beliau tidak tahu sentimen di lapangan dan tidak dapat menyelami perasaan pemilik tanah NCR.

“Ini kerana di Pulau Pinang tidak ada tanah NCR,” katanya pada majlis penyampaian bantuan Amanah Saham Bumiputera Sejahtera kepada 67 penerima dari zon tengah Sarawak di sini, hari ini.

Jabu berkata tujuan kerajaan melaksanakan program pembangunan tanah NCR ialah untuk membasmi kemiskinan luar bandar.

DAP, kata beliau, akan sentiasa cuba ‘menekan dan menghalang’ usaha baik kerajaan itu, yang kini mendapat penerimaan secara meluas.

Beliau mengingatkan rakyat bahawa sekiranya mereka membiarkan diri masing-masing terpedaya oleh dakwaan dan pembohongan pembangkang, maka mereka akan terus menderita.
Menyentuh slogan ‘Ubah’ yang dilaungkan pembangkang untuk mengajak pengundi menukar kerajaan melalui pilihan raya umum 5 Mei ini, Jabu berkata pembangkang tidak mampu melaksanakan suatu apa jua pun, kecuali mengkritik dan menabur janji kosong.

Mengenai PKR, Jabu, yang juga timbalan presiden Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen utama Barisan Nasional (BN) negeri, berkata parti pembangkang itu ketandusan anggota yang berkebolehan untuk diletakkan sebagai calon.

Kata beliau, masyarakat Dayak khususnya, perlu merenung secara mendalam sama ada mereka boleh menerima penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, sekiranya pakatan pembangkang memperoleh kemenangan cukup untuk membentuk kerajaan.

“Sewaktu pilihan raya kecil Batang Ai pada 2009, Anwar menghina masyarakat Dayak apabila beliau mempamerkan sikapnya yang jahil serta tidak menghormati adat resam dan tradisi mereka.

“Beliau tidak menunjukkan rasa hormat kepada sebuah keluarga yang sedang menangisi kematian seorang saudara mereka di rumah panjang yang beliau lawati,” kata Jabu. – BERNAMA

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: