DAP: Norman Diambil Tindakan Selepas PRU13

imagePETALING JAYA – Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez bakal dikenakan tindakan tegas oleh parti itu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Pas.

Setiausaha Pengelolanya, Anthony Loke berkata, tindakan itu hanya akan diambil selepas pilihan raya kerana DAP ingin fokus bagi menghadapi PRU13 yang hanya tinggal berbaki beberapa hari sahaja lagi.

“Kenyataan adalah beliau sebelum ini hanyalah bersifat peribadi dan bukannya mewakili parti DAP.

“Semangat dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah jelas.

“DAP menyeru ahli serta penyokongnya untuk memberikan sokongan penuh bukan hanya kepada calon DAP malahan calon dari Pas dan juga PKR kerana calon ketiga-tiga parti adalah calon dari PR,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Pimpinan PR, di sini hari ini.

Kelmarin, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Norman meminta masyarakat bukan Islam di Johor supaya tidak mengundi Pas kerana menyifatkan parti itu sebagai ekstremis.

Mengulas perkara sama, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata, Pas tidak akan terjejas berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Fernandes itu.

“Kami sekarang hanyalah mahu kalahkan BN dan menuju ke Putrajaya.

“Orang Pas dan calon-calon Pas akan tetap menyokong calon-calon dari DAP,” tegas beliau.

Tambah beliau, Majlis Syura juga telah memutuskan semua ahli Pas harus memilih semua calon daripada PR pada pilihan raya nanti.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: