Dari Mana Datang 500 Perwakilan DAP Pulau Pinang? – David Dass

guan engSEREMBAN – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini diminta menjelaskan mengenai kewujudan 500 perwakilan dari Pulau Pinang yang hadir dan mengundi pada Kongres Kebangsaan Ke-16 parti itu tahun lalu.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham berkata, pihaknya menemui perangkaan itu selepas membuat analisis lanjut terhadap proses pemilihan ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada yang diadakan semasa kongres berkenaan, Disember tahun lalu.

Pada masa yang sama, beliau mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS)menyiasat mengenai cawangan yang diwakili oleh 500 perwakilan itu sama ada ia sudah didaftarkan atau sebaliknya.

“Secara umumnya setiap cawangan berhak menghantar sekurang-kurangnya tiga perwakilan ke kongres kebangsaan.

“Ini bermakna, 500 perwakilan yang dikatakan datang dari Pulau Pinang ini mewakili kira-kira 166 cawangan.

“Saya berasa ragu-ragu dan bimbang cawangan berkenaan adalah tidak sah sekali gus menjejaskan keputusan pemilihan ahli CEC semasa kongres tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau kesal dengan kepimpinan DAP kerana isu 753 perwakilan DAP tidak menerima surat undangan untuk menghadiri kongres itu masih belum diselesaikan dan muncul pula isu baru yang mempunyai kaitan dengannya. – UTUSAN ONLINE

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: