Nik Aziz Bertegas DAP Terima Perjuangan Pas

nik-azizJELI  – Walaupun sudah jelas barisan kepimpinan DAP menolak dasar perjuangan Islam Pas, Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap bertegas apabila menganggap rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang boleh menerima Islam yang diperjuangkan Pas.

Seperti ‘bertepuk sebelah tangan’, Menteri Besar Kelantan itu berkata, tindakan DAP mahu mengunakan lambang Pas pada pilihan raya membuktikan parti tersebut boleh menerima dasar Islam dan tidak takut pada agama suci itu.

“Ini tandanya Cina sudah tidak takut pada Islam, yang takut pada Islam ialah Melayu UMNO, Melayu UMNO yang sebenarnya takut pada Islam, Cina sudah tidak takut.

“Suatu masa nanti pasti akan ada antara cawangan Pas diketuai oleh orang Cina. Cina sekarang belajar tinggi dan kenal Islam. Suatu masa nanti, Cina DAP akan masuk Islam, akan mengetuai Pas,” katanya semasa berucap dalam majlis pelancaran pembinaan kilang kelapa sawit dan pembinaan jalan di Kampung Jerimbun di sini hari ini.

Menurutnya, Islam untuk semua, bukan untuk orang Arab atau orang Melayu sahaja.

“Bagaimana kalau kita hendak suruh orang Cina terima Islam kalau asyik bergaduh dengan dia, kita beritahu Islam bagaimana, dia hendak dengar ataupun tidak, terpulang.

“Kadangkala tengah-tengah malam Cina DAP Perak telefon saya tanya ayat al-Quran bagaimana. Melayu UMNO tidak pernah tanya, hendak tanya bagaimana kalau dia tolak Islam, al-Quran,” katanya.

Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini memberitahu, kesediaan parti itu menerima penggunaan lambang Pas tidak bermakna mereka menerima setiap dasar perjuangan Islam Pas.

Pas pula melalui timbalannya, Datuk Dr. Haron Din menegaskan, akan tetap melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 sekalipun mendapat tentangan DAP.

Pendirian tersebut turut disokong Nik Abdul Aziz dengan menyatakan Pas tetap yakin boleh melaksanakan hukum berkenaan sekiranya menawan Putrajaya, kerana hudud adalah untuk orang Islam, manakala bukan Islam ada cara lain.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz terus menyalahkan UMNO dan pihak media yang beliau dakwa sengaja mengeluarkan video lucah dan menuduh kalangan pemimpin pembangkang kononnya telah berzina dan meliwat.- Utusan Malaysia

 

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: