Ketua Polis Daerah Lahad Datu Beri Penjelasan Sebenar

 

 

Oleh HANA MARYAM

BACHOK – Kementerian Penerangan mengadakan siri jelajah penjelasan isu Lahad Datu diteruskan untuk menangkis fitnah dan tohmahan pihak tidak bertanggungjawab selama ini.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata, sebelum ini lebih 1,100 program dilaksanakan di Sabah untuk menerangkan isu tersebut termasuk sembang di warung kecil.

Beliau berkata, Bachok merupakan lokasi pertama dalam siri penjelasan berkenaan isu terbabit bagi Semenanjung Malaysia dan Bachok juga terpilih untuk program forum keselamatan negara tanggungjawab bersama ‘ Peristiwa Lahad Datu Satu Pengajaran’.

“Kita bawakan anak Bachok sendiri iaitu Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Shamsudin Mat sendiri untuk bercakap mengenai isu sebenar di sana.

“Banyak tohmahan yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab mengenai hal ini yang mengeruhkan keadaan. Kami juga akan edarkan buku kecil mengenai isu Lahad Datu yang dijangka siap dicetak hari ini (semalam) untuk orang ramai,” katanya ketika sidang media selepas program tersebut yang diadakan di dewan Tok Tangok, Pejabat Pelajaran Daerah Bachok semalam.

Program itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Ramly Yusoff, Ketua Polis Daerah Bachok, Ab Rahim Che Ghani bersama  kira- kira 300 jemputan.

Shamsudin berkata, hari ini seramai 159 anggota polis yang terlibat dalam Pilihan Raya Umum ke- 13 akan mengundi awal .

“Yang mengundi pos sedang berlangsung dan esok ada yang mengundi awal. Semuanya terkawal dan selamat untuk rakyat keluar mengundi di Lahad Datu pada tarikh yang ditetapkan.

“Banyak program dilaksanakan oleh polis, tentera dan agensi kerajaan untuk pulihkan keadaan termasuk melalui program ‘Jiwa Murni’ di sekolah untuk galakkan pelajar ke sekolah semula selepas trauma kejadian itu.

“Pembersihan dilakukan dengan teliti dan kerajaan pun sudah kata akan bina semua kediaman yang rosak. Kerajaan banyak bantu rakyat selama ini dan tak kan abaikan mereka yang terlibat,” katanya.

Tags: , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: