Pas Didesak Henti Peralatkan Sami Buddha

Pas didesak hentikan tindakan mengaitkan sami Buddha untuk kempen pilihanraya.

Oleh HANA MARYAM

PASIR PUTEH – Persatuan Siam Malaysia (PSM) mendesak pemimpin Pas Kelantan supaya tidak memperalatkan kumpulan sami Buddha bagi tujuan kempen sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-13 untuk memancing undi masyarakat Siam di negeri ini, kata Presidennya, Siri Neng Buah.

Beliau berkata, tindakan itu dianggap sebagai tidak menghormati peradaban dan peraturan institusi keagamaan masyarakat berkenaan.

Siri Neng Buah

Siri Neng Buah

Siri Neng Buah berkata, tindakan Pas mengheret institusi kesamian dalam kempen politik termasuk mengedar dan menampal paparan gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan sami tempatan perlu ditarik balik.

“Tindakan itu menyentuh sensitiviti masyarakat Siam yang menganut agama Buddha. Sami Buddha tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai individu yang berpihak kepada suatu kumpulan sedangkan mereka adalah berkecuali dari melibatkan diri dalam arena politik sebaliknya berfungsi sebagai rujukan dalam kehidupan penganut Budha.

“Saya beri peringatan kepada Pas supaya menghentikan pendekatan sedemikian dan tidak mencanang perpecahan dalam masyarakat kami,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan masyarakat Siam di Kampung Ketik Buluh, dekat sini hari ini.

Siri berkata, gambar yang dijadikan bahan kempen itu banyak ditemui di kawasan parlimen Tumpat sewajarnya diturunkan dan ahli politik termasuk calon-calon yang bertanding perlu menggunakan pendekatan lain dengan cara yang lebih terhormat.

Beliau berkata, masyarakat Siam seluruh negara perlu memberi sokongan padu kepada semua calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai menghargai jasa Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengiktiraf masyarakat berkenaan sebagai Bumiputera pada 25 Februari 2012 di Wat Siam, Pendang Kedah.

“Ini termasuk peluang menikmati pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang diberikan kepada masyarakat Siam untuk menabung sejak sekian lama. Kita perlu bersama kerajaan yang cemerlang dan kukuh tanpa perlu terpedaya dengan janji pembangkang,” katanya.

Di Kelantan, katanya, seramai 4,500 masyarakat Siam layak mengundi dan seramai 3,500 adalah penyokong BN, 500 penguni atas pagar dan 500 lagi disahkan sebagai penyokong Pas.

“Saya minta penyokong atas pagar dan Pas kembali bersatu menyokong BN kerana banyak dasar dan perjuangan membela nasib rakyat sebelum ini turut diterima manfaatnya dan tidak pernah terpinggir.

“Ini termasuk ketelusan kerajaan Persekutuan yang menyalurkan bantuan sebanyak RM2 juta bagi tempoh lima tahun kepada masyarakat siam di Kelantan dan Kedah melaksanakan pendidikan yang sistematik Bahasa Thai sebagai bahasa ibunda di sekolah-sekolah rakyat masyarakat Siam. Malah, kerajaan juga bersetuju untuk menyediakan tenaga pengajar bahasa ibunda di mana-mana buah sekolah yang mempunyai 15 orang pelajar. Ia adalah satu penghormatan yang perlu dihargai,” katanya.

Beliau yang juga pakar Seni Warisan, kesusateraan Melayu dan sejarah berkata, PSM juga amat dukacita kerana kepimpinan Pas Kelantan yang bertindak memungut derma daripada orang ramai untuk membina lebuh raya rakyat termasuk mendapatkan bantuan daripada wat Siam di Kelantan.

“Saya anggap pelancaran pembinaan Lebuh Raya Rakyat dan pengistiharan memungut derma adalah sindiran politik dan Pas sememangnya tidak ikhlas untuk melaksanakannya sendiri,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak RM63,000 daripada sami-sami Siam diserahkan kepada Nik Abdul Aziz selepas diminta membuat sumbangan namun sehingga hari ini masyarakat Siam belum dapat menyaksikan atau mengetahui wang sumbangan sami mereka itu belum lagi digunakan untuk memasang papan tanda atau membeli cangkul dan mungkin ianya masih disimpan dalam Tabung Baitulmal.

“Saya tidak yakin kerajaan Pas berupaya melaksanakan lebuh raya berkenaan dan mereka(pimpinan Pas) perlu telus memaklumkan rakyat secara terperinci mengenai hasil pungutan derma dan perbelanjaan yang berkaitan,” katanya.

Tags: , , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: