Sambut Baik Saranan Nik Aziz Supaya Berundur

P1010114Oleh HANA MARYAM

PASIR PUTEH – Cadangan meminta Mursyidul AM Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya berundur dalam arena politik tanahair berasaskan beberapa faktor disambut baik oleh rata-rata rakyat di negeri ini.

Bekas Pengarah Strategik Pas Pasir Puteh, Zakaria Yaacob, 71, berkata kesihatan yang semakin merosot, kurang kemampuan berfikir serta sering membuat kenyataan berbau perpecahan dan cepat ‘melatah’ dalam menghadapi isu politik semasa adalah faktor seharusnya diambil kira oleh pucuk pimpinan Pas untuk bersara.

P1010124Beliau berkata, jasanya sebagai pimpinan Kelantan akan tetap dikenang namun dengan keadaan sekarang kredibeliti dan keupayaannya yang terbatas akan turut menimbulkan isu yang tidak manis didengar sebagai ketua pentadbiran negeri yang sepatutnya sentiasa berada dalam penampilan yang cergas dan cerdas.

“Keputusan Nik Abdul Aziz yang kami saling kenal mengenali sejak dahulu bahawa beliau menyatakan ‘kalau parti suruh saya bertanding, saya akan bertanding walaupun berkerusi roda, saya bertanding. Jadi kalau parti kata cukuplah, cukup perlu diberi pertimbangan semula oleh beliau.

“Islam juga menuntut khalifah dan panglimanya sentiasa berada dalam keadaan siaga dan perkasa sebagai melambangkan kekuatan Islam. Namun keadaan fizikal yang lemah, sering rebah sehingga terpaksa diusung maka pendekatan yang terbaik adalah bersara dan mendapatkan rehat yang secukupnya,” katanya ketika ditemui di Kampung Changgai, dekat sini hari ini.

Zakaria sebelum ini adalah penentu dasar dan pemilihan calon-calon Pas sebagai wakil rakyat Pas kawasan Pasir Puteh berkata, perjuangannya bersama Pas berakhir pada hari ini walau pun kenangannya bersama Nik Abdul Aziz ketika Pas menggunakan lambang ‘Tangan Lima Jari’, Bulan Bintang dan Bulan Penuh sebagaimana sekarang apabila mendapati banyak pernyimpangan dan perjuangan yang tergelincir dari landasan yang asal.

Beliau yang akan mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal menyatakan pendiriannya untuk beralih sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) di kawasan itu, Redzuan Stapha yang dianggapnya sebagai anggota keluarga sendiri dan mempunyai keperibadian yang baik, mesra rakyat dan dikenali umum sebagai aktivitis masyarakat yang sentiasa membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik dan sentiasa merendah diri dalam pergaulan seharian dalam komuniti.

“Saya sendiri akan turut berkempen bagi memastikan Redzuan atau lebih dikenali sebagai Pak Da Wan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sekali pun menentang calon parti yang saya sayangi sebelum ini iaitu, calon Pas Gaal, Tuan Mazlan Tuan Mat,” katanya.

Zakaria berkata, sebelum ini beliau nekad untuk tampil sebagai calon Bebas di DUN berkenaan termasuk turut membeli borang penamaan calon untuk menunjukkan protes kepada kepimpian Pas terpaksa menarik diri bagi memberi laluan anak jati tempatan yang berasl dari Kampung Gong Sawa, Kandis dekat sini.

Beliau berkata, penyokong Pas juga tidak perlu terlalu taksub kepada Nik Abdul Aziz yang diangggapnya sebagai tokoh ulama dunia dan tidak perlu lagi mengundi calon Pas demi memperbetulkan semula kepincangan dan kemunduran yang berterusan berlaku di kawasan Gaal.

“Dahulunya, saya pun bertegang urat mempertahankan bahawa gabungan UMNO dengan parti MCA dan MIC dalam perikatan dan BN adalah suatu kekufuran. Namun, tergamam dan terkunci mulut apablia Pas sendiri sewenang-wenangnya bersaudara dengan DAP. Yang haram sudah dihalalkan kerana ada kepentingan yang tersembunyi.

Beliau berkata, pegangan yang mengkafirkan orang UMNO disebabkan bergabung dengan parti bukan Islam menyebabkan ada penyokong kuat Pas membuang daging sembelihan orang UMNO malah kalau ada orang UMNO memegang tali ketika sembelihan dilakukan pun dikatakan haram untuk dimakan.

“Biar apa pun pemimpin Pas dan penyokongnya akan mencemuh saya selepas ini kerana saya sudah muktamad untuk melihat semua DUN dan Parlimen di Pasir Puteh dimenangi UMNO dan BN. Saya doakan Pas akan berkubur setelah sejak sekian lama bersama parti itu memberi banyak pengalaman dan pengajaran untuk menyedari hakikat yang sebenarnya,” katanya.

Tags: , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Sambut Baik Saranan Nik Aziz Supaya Berundur”

  1. Marhain
    May 4, 2013 at 1:13 am #

    Molek la jika b*ruk tua tu pencen, bo la weiiii

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: