Nik Aziz Diminta Beri Penjelasan

Cukup-cukuplah-Nik-Aziz...KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digesa memberi penjelasan berhubung isu pemilikan 13 lot tanah oleh isterinya, Tuan Sabariah Tuan Ishak di sekitar bandar ini.

Calon Bebas Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, rakyat Kelantan berhak mengetahui bagaimana tanah itu diperoleh kerana ada antaranya dimiliki Tuan Sabariah selepas suaminya menjadi Menteri Besar pada 1990.

Beliau berkata, sebagai sebuah kerajaan yang baik, Nik Abdul Aziz perlu telus dan menjelaskan kepada rakyat tanpa menyembunyikan apa-apa fakta.

“Adakah nama atas tanah isterinya sebanyak 13 lot di sekitar Kota Bharu ini juga milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), adakah isterinya boleh menjadi pemegang amanah kepada PMBK, ini tidak dijawab.

“Ada disebut dalam kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, ini tanah pusaka tetapi berdasarkan cabutan yang dilakukan saya mendapati ada antara 13 lot tanah itu didaftarkan bermula dari 2006 hingga 2013,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Ibrahim mendedahkan Nik Abdul Aziz memiliki 14 lot tanah seluas 1.76 hektar di kawasan bernilai tinggi di Bandar Baru Tunjong di sini, yang dianggarkan bernilai lebih RM4 juta.

Walau bagaimanapun, Nik Abdul Aziz menjelaskan, tanah itu bukan miliknya kerana beliau hanya menjadi pemegang amanah kepada PMBK namun langsung tidak menyentuh mengenai tanah milik isterinya.

Dalam masa sama, Ibrahim menggesa Nik Abdul Aziz menjelaskan mengenai empat lot rumah kedai di Tanjung Chat, Wakaf Mek Zainab dekat sini, yang bernilai kira-kira RM1 juta.

“Kesemua rumah kedai itu dikatakan milik Nik Abdul Aziz yang dibeli daripada Koperasi Pegawai Melayu Kelantan Berhad dan semakan yang dibuat mendapati lot rumah kedai itu terletak di Wisma Yusmah.

“Jadi kita mahu beliau membuat penjelasan kerana rakyat terkejut seorang tok guru, ulama zuhud yang katanya hidup serba sederhana memiliki banyak tanah, isterinya pun banyak tanah sedangkan rakyat Kelantan seperti di Gua Musang menderita, tanah yang mereka teroka biarpun tidak mendapat geran telah dirampas,” katanya.

Ditanya berhubung notis 24 jam yang diberi Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Pas Kelantan, Hisham Fauzi supaya beliau menarik balik pendedahan itu, Ibrahim berkata, beliau tidak takut disaman mana-mana pemimpin Pas berhubung isu tersebut.

“Tidak payah tunggu 24 jam, kalau beliau boleh menguruskan saman ini di mana-mana mahkamah supaya bersidang esok atau lusa untuk menjalani pendakwaan atau perbicaraan saya bersedia, saya tidak takut walau sebesar kuman sekali pun,” katanya. – Utusan Malaysia

 

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: