Pas Parti Kian Rakus

takbir

Pas tidak lagi layak untuk bercakap atau berjanji akan melaksanakan hukum Islam termasuk hudud dan melaksanakan negara Islam kerana kemampuannya tidak ada walaupun pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

Ini kerana sekiranya Pas menang semua kerusipun dalam pilihan raya, tetapi kerusi yang dimenanginya itu tidak mencukupi untuk menyokong mereka dari segi kekuatan majoriti. Jika masih ada janji-janji seperti itu ianya tidak ubah sebagai satu penipuan bagi menjaga kepentingan politik.

Sebab itu, sebelum ini Pas telah membayangkan hudud bukan keutamaan.

Pas dan DAP telah terperangkap dalam membincangkan perkara yang bukan keutamaan. Ini menunjukkan perikatan mereka sebenarnya tidak mempunyai sifat bijaksana dalam berpolitik.

Ia jauh berbeza dengan UMNO yang tidak pernah menjanjikan sesuatu di luar kemampuan mereka.

Ramai orang membayangkan Pas tersilap langkah apabila menjadikan isu hudud sebagai modal untuk menarik undi Melayu. Tetapi UMNO tidak pernah menggunakan isu hudud untuk menawan undi orang Melayu.

Pas sepatutnya menawarkan rancangan holistik untuk pembangunan ummah yang pastinya akan lebih menarik kepada pengundi Melayu, bukan hanya memfokus kepada hudud sahaja.

Keadaan itu jelas mencerminkan kedudukan Pas sangat tidak relevan untuk menerajui negara di mana rakyatnya terdiri dari berbilang kaum, agama dan bangsa.

Maka itu, Pas dinasihatkan supaya tidak terus berdegil mempertahankan sesuatu yang mereka sendiri tidak boleh melaksanakan.

Tags: , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: