Pensyarah Ugut Gagal Pelajar

Pelajar UPM membuat laporan polis terhadap pensyarah di Fakulti Sains Pendidikan yang membuat ugutan terhadap pelajar supaya menyokong dan menjadi jentera sukarelawan pakatan pembangkang.

Pelajar UPM membuat laporan polis terhadap pensyarah di Fakulti Sains Pendidikan yang membuat ugutan terhadap pelajar supaya menyokong dan menjadi jentera sukarelawan pakatan pembangkang.

15 penuntut UPM dakwa dipaksa kempen pembangkang lapor polis
Serdang: Lima belas penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam membuat laporan polis terhadap seorang pensyarah yang mengugut menggagalkan mereka jika enggan berkempen untuk pakatan pembangkang pada PRU-13.

Bukti rakaman video dan audio ugutan itu diedar kepada media bersama laporan yang dibuat di Balai Polis Serdang, kira-kira jam 4 petang.

Ugutan pensyarah itu berbunyi, “Siswa boleh menggantikan keputusan ujian dengan mencari 200 jentera sebagai sukarelawan untuk menyokong jentera parti pembangkang. Sepuluh markah untuk 10 orang ahli parti, 10 markah untuk 10 sukarelawan. Jika tidak dapat jentera, markah akan dipotong.”

Dipaksa buat kerja politik

Difahamkan, sejak tiga bulan lalu, semua pelajar jurusan sains terbabit terpaksa melakukan kerja kempen politik tanpa permit di Kampung Olak Lempit di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil. Kerja kempen itu bagi menggantikan keputusan ujian walaupun ia tidak ada kaitan dengan subjek diambil.

Wakil pelajar yang enggan mendedahkan namanya berkata, pensyarah lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu merujuk gerak kerja kempen sebagai tugasan akhir.

Beliau berkata, pensyarah terbabit dengan jelas menyatakan markah akan diberi berdasarkan pembabitan pelajar dalam kempen politik itu.
“Dua pelajar Cina yang enggan terbabit dalam kempen diugut secara halus dan terbuka di dalam kelas dengan kenyataan ‘kemungkinan tiada pelajar Cina dapat A tahun ini’.

Umpan gred tinggi

“Pelajar yang menyatakan sokongan terhadap parti pembangkang diberi jaminan mendapat gred tinggi. Sebaliknya, pensyarah itu akan menyindir pelajar yang mengaku menyokong Barisan Nasional (BN),” katanya ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Serdang di sini, semalam.

Wakil pelajar itu mendakwa, pensyarah terbabit tidak mematuhi kurikulum pengajian sebaliknya mengajar hal-ehwal politik termasuk kaedah gerak kerja jentera dan penugasan di bilik gerakan di Kampung Olak Lempit.

“Pelajar diminta menghasut pemilih supaya mengundi pembangkang. Pensyarah itu juga mengugut menggagalkan pelajar jika membuat aduan berhubung salah lakunya.

“Walaupun masa depan kami mungkin terjejas, kami tidak tahan dipergunakan lagi untuk meraih undi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kes membabitkan pensyarah itu dan siasatan sedang dibuat.

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata, kementerian akan meneliti aduan dan salinan laporan polis sebelum tindakan sewajarnya diambil.

“Saya akan berhubung dengan Naib Canselor universiti itu. Jika pelajar itu sudah mengikuti prosedur yang ditetapkan termasuk membuat laporan polis, mereka tidak perlu bimbang dengan sebarang tindakan,” katanya ketika dihubungi.- Berita Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: