PRU-13: Mahathir Sifatkan Kit Siang ‘buta’

limkitsiang-f_200_200BUKIT GANTANG  – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang seorang yang ‘buta’ kerana terus melakukan fitnah mengatakan kononnya Malaysia hanya untuk orang Melayu sahaja.

Berucap dalam majlis ceramah yang dihadiri lebih 5,000 orang di Dataran Simpang di sini malam tadi, Dr. Mahathir berkata, tohmahan Kit Siang itu membuktikan hakikat bahawa pemimpin tersebut sememangnya seorang yang rasis.

Menurut beliau, pemimpin DAP termasuk Kit Siang sengaja melemparkan fitnah seumpama itu semata-mata mahu orang Cina membenci orang Melayu dan akhirnya undi Cina akan berpihak pada parti tersebut.

“Pemimpin DAP ini (Kit Siang) matanya buta. Tak nampakkah bangunan pencakar langit yang ada di Ipoh, Pulau Pinang dan Johor. Apakah ini semua milik orang Melayu? adakah hanya Melayu dapat nikmat? Itu tidak benar, satu fitnah.

“Kaum Cina pun ada rumah besar, ada bangunan besar dan perniagaan besar-besaran seperti Tan Sri Vincent Tan, sama juga dengan kaum India seperti Datuk Seri Tony Fernandes yang memiliki 100 kapal terbang,” katanya.

Yang turut hadir ialah calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bukit Gantang, Datuk Ismail Sapian dan ketiga-tiga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, Datuk Rosli Husin (Changkat Jering), Dr. Zabry Abdul Wahid (Trong) dan Loh Swee Eng (Kuala Sepetang). – UTUSAN ONLINE

 

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: